Xpax menggandakan data Add-Ongs sempena Tahun Baru Cina

Musim perayaan hujung bulan ini membawa bersama banyak promosi. Xpax juga tidak mahu melepaskan peluang apabila melancarkan promosi Add-Ongs, memberikan data berganda dari biasa.

Tawaran sempena Tahun Baru Cina oleh Xpax ini bukan untuk pelan internet, tetapi untuk data tambahan sahaja. Dan ia bukan data internet biasa.

Semasa pelancaran prabayar Xpax yang baru, Celcom turut mengumumkan data tambahan yang boleh dilanggan secara harian dan mingguan. Data tambahan yang ditawarkan ini adalah untuk Internet Lewat Malam atau lebih dikenali sebagai Internet Burung Hantu sebelum ini, data khas Facebook dan data khas YouTube.

Xpax add-ongs - lebhi data untuk CNY

Sebelum ini, kesemua add-ons ini boleh dilanggan RM1 untuk 1GB sehari, atau RM7 untuk 10GB selama 7 hari. Dengan promosi Add-Ongs, Xpax menggandakannya menjadi RM1 untuk 2GB sehari dan RM7 untuk 20GB seminggu.

Tawaran ini boleh mula dilanggan hari ini, tetapi tidak dinyatakan pula sehingga bila tempoh tamatnya. Layari laman web Xpax untuk lebih informasi.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: