Vivo V5 Plus Hadir Dengan Dwi-Kamera Swafoto Yang Lebih Sempurna

Share Button

20MP kamera hadapan bergandingan dengan 8MP kamera kedua, vivo V5 Plus mampu menghasilkan gambar dengan kesan bokeh yang lunak. Dalam keadaan malap pula, LED flash di bahagian depan membantu menyinari wajah anda. Itulah antara kelebihan vivo V5 Plus yang baru saja dilancarkan di Malaysia hari ini.

170120-vivo v5 plus depan

Pengimbas cap jari generasi baru boleh mengimbas sepantas 0.2 saat

Berbanding vivo V5, v5 plus menggunakan pemproses Snapdragon 625 yang lebih pantas dengan dibantu oleh RAM seluas 4GB. Sistem operasi Funtouch OS 3.0 yang dibangunkan menggunakan asas Android 6.0 pula miliki pelbagai fungsi menarik.

Contohnya, Smart Split 2.0 membolehkan pengguna mengerat paparan dan memaparkan dua aplikasi sebelah-menyebelah secara serentak. Jadi, tak perlulah anda menjugel antara YouTube dengan Whatsapp untuk membalas mesej dan menonton video.

170120-vivo v5 plus belakang

Bahagian atas dan bawah menempatkan antena komunikasi yang dilapisi jalur plastik melengkung

Panel paparan yang digunakan pada vivo V5 plus adalah daripada jenis HD penuh sebesar 5.5″. Pengimbas cap jari terletak di sebelah bawah paparan telefon itu adalah versi yang telah ditambah baik. Ia boleh membaca cap jari sepantas 0.2 saat.

Selain cip pemproses dan RAM, storan seluas 64GB desidiakan dan tidak mempunyai slot mikro-SD. Kesemua komponen dikuasakan bateri sebesar 3,160 mAh dengan fungsi pengecasan pantas. Pada bahagian atas dan bawah, terdapat jalur plastik berbentuk lengkung, sama seperti yang ada pada iPhone 7. Vivo mendakwa ia meningkatkan penerimaan isyarat telekomunikasi dan Wi-Fi.

170120-vivo v5 plus flash depan

Lampu LED depan memberikan pencahayaan serupa professional kepada gambar swafoto

Vivo V5 Plus hadir dalam warna emas dan dijual pada harga RM1,799. Anda boleh membeli telefon ini di DirectD ataupun pengedar-pengedar sah diseluruh negara bermula esok. Pembelil terawal akan mendapat hadiah misteri selagi stok masih ada.

170120-vivo v5 plus spesifikasi

Trackbacks

  1. […] vivo V5 Plus memiliki gelaran telefon perfect selfie kerana memiliki kamera selfie sekuasa 20MP. Telefon kegemaran Datuk Siti Nurhaliza ini dilancarkan pada Januari tahun ini pada harga RM1,799. […]

Apa komen anda?