Santai dengan promosi percuma Chick It Out dari HyppTV

Selain berita gembira dari TM tentang naiktaraf percuma UniFi, ada satu lagi berita baik bakal menjelma. HyppTV yang diberikan percuma untuk semua pengguna UniFi, akan memberi tontonan percuma khas sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Selama 15 hari bermula dari 28 Januari sehingga 11 Februari 2017, pengguna UniFi boleh menonton semua saluran berbahasa Cina di dalam pek Ruby secara PERCUMA. Promosi ini dinamakan ‘Chick It Out!“, bagi meraikan kedatangan Tahun Ayam.

Semua pengguna HyppTV termasuk aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere, boleh menonton saluran seperti Now Baogu HD (Saluran 225), SCM HD (Saluran 228), SCM Legend (Saluran 226) dan RED by HBO HD (Saluran 227) secara percuma dalam tempoh promosi. TM turut membuka saluran nyanyian karaoke di HyppStars (Saluran 901) khas untuk promosi ini, menawarkan pelbagai pilihan lagu-lagu berbahasa Mandarin.

TM HyppTV Chick It Out - saluran percuma 15 hari

Antara rancangan menarik yang menanti penonton HyppTV adalah seperti filem New York New York dan Book of Love di Now Baogu HD (Saluran 225), filem IP Man 3, Lost in Hong Kong dan Ice Man di SCM HD (Saluran 228), serta filem Her Fatal Ways I, II & III, 1999 The Conman, The Duel, Dragons Forever di SCM Legend (Saluran 226).

HyppTV juga akan menyertai acara TM’s Life Business Made Easier, di Paradigm Mall pada 20 hingga 22 Januari 2017. Pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk seisi keluarga disediakan, di samping hadiah, selebriti dan watak kanak-kanak popular menanti di sana. Jangan lupa Chick It Out hujung minggu ini.

HyppTV juga mengumumkan akan menyumbang kepada PJ Caring Home di Petaling Jaya, dengan menyediakan akses UniFi secara PERCUMA, lengkap dengan HyppTV Ruby Pack. Kebanyakan penghuni di sini terdiri daripada golongan warga tua dan golongan yang mempunyai gangguan mental. Mereka akan dapat menggunakan UniFi bersama HyppTV percuma selama 3 tahun. Samsung turut sama menyumbang televisyen berdefinisi tinggi (HD) berukuran 65-inci untuk rumah kebajikan ini.

HyppTV kini menawarkan sebanyak 110 saluran, dengan 53 saluran Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 49 saluran premium, 26 saluran percuma, 4 saluran Radio, 9 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif. Ia boleh dinikmati melalui aplikasi HyppTV Everywhere atau Hypp Play, saluran Video-On-Demand yang menawarkan pelbagai siri kandungan di HyppTV bagi tontonan secara santai.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari lamanweb HyppTV  serta lawati laman media sosial HyppTV di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: