Samsung Salahkan Pengeluar Bateri Punca Galaxy Note7 Gagal

Selepas beberapa bulan menjalankan penyiasatan, pihak Samsung akhirnya hadir dengan kesimpulan tentang masalah yang membelengu peranti Galaxy Note7. Sejak dihentikan penjualan pada 11 Oktober 2016, sebanyak 96% daripada 3 juta peranti Galaxy Note7 berjaya dipanggil semula. Samsung dengan segera melancarkan siasatan berskala global untuk menentusahkan punca masalah Galaxy Note7.

170123-wakil samsung

Wakil Samsung membentangkan dapatan kajian masalah Galaxy Note7

Selain ujian yang dijalankan pihak Samsung sendiri, tiga panel bebas dilantik untuk menjalankan penyiasatan. Panel tersebut ialah:

  1. UL  – Syarikat sains keselamatan global bebas
  2. Exponent – Syarikat penasihat dalam bidang kejuruteraan dan saintifik
  3. TUV Rheinland AG – Syarikat penyedia perkhidmatan ujian produk

Dapatan Kajian Oleh Samsung

  1. Tiga jenis senario mengecas dijalankan di dalam keadaan terkawal; mengecas pantas, mengecas tanpa wayar, dan mengecas tanpa pelindung belakang untuk memansuhkan kemungkinan masalah berpunca daripada ciri IP68-nya.
  2. Tiada perkara diluar kebiasaan dikesan pada fungsi pengimbas Iris
  3. Ujian elektrostastik pada port USB-C (Galaxy Note7 adalah peranti USB-C pertama daripada Samsung) tidak menemui sebarang kegagalan yang menyumbang kepada kepanasan melampau.
  4. App natif dan pihak ketiga tidak menimbulkan keabnormalan kepada firmware telefon.

Dapatan Kajian Oleh Badan Pengkaji Bebas

  1. Kajian terhadap sistem logistik Samsung Electronics Vietnam dan Samsung Electronics Korea daripada sudut pengendalian bateri menunjukkan tiada sebarang kelemahan yang boleh menyumbang kepada kegagalan bateri.
    1. Faktor persekitaran dan mekanikal dipantau semasa penghantaran bateri daripada kilang Vietnam kepada kilang China.
    2. Pemboleh ubah yang diambil kira adalah seperti suhu, kelembapan, tekanan, pecutan, dan geografi.
  2. Masalah pada rekaan bateri menyumbang kepada kepanasan melampau Galaxy Note7.

170123-ujian logistik

Faktor logistik dan pengendalian bateri tidak menyumbang pada masalah

Masalah Bateri Galaxy Note7 yang digunakan pada Galaxy Note7 datang daripada dua sumber, syarikat A dan syarikat B.

  1. Bateri syarikat A
    1. Kesan litar pintas dalam bateri dikesan.
    2. 30 bateri menunjukkan rekaan yang tak sama rata pada bahagian atas bucu kanan bateri,
      Keadaan tak rata menyumbang pada kegagalan pemisah katod dan anod seterusnya menyebabkan litar pintas.
    3. Pemisah anod-katod yang nipis daripada biasa menyebabkan kekurangan keutuhan melawan tekanan dan risiko litar pintas meningkat.
    4. Ketiadaan pita penebat dikesan daripada 5 Galaxy Note7 yang bermasalah turut menyumbang litar pintas.
  2. Bateri syarikat B
    1. Kecacatan bateri dikesan pada titik pateri menyebabkan terdapat bahagian bateri yang menonjol.
      Tiada masalah ditemukan pada sistem bateri pada telefon Galaxy Note7 walaupun menggunakan pengecas pihak ketiga.

170123-bateri rekaan lengkung

Bateri dengan rekaan lengkung menyumbang pada kelemahan pemisah anod & katod

170123-ketaksamarataan pada titik pateri bateri

Titik pateri dalam bateri terlalu tebal sehingga merentasi anod & katod bateri

170123-masalah bateri

Kecacatan pada bateri Galaxy Note7 yang menyumbang pada litar pintas

Janji Samsung Pada Pengguna

  1. Samsung menubuhkan kumpulan penasihat bateri khas yang dianggotai empat pakar dalam bidang masing-masing untuk memantau pembangunan sel bateri yang akan digunakan pada setiap peranti Samsung pada masa depan.
  2. Mewujudkan piawaian khas pemeriksaan bateri 8 titik.
    1. Ujian Keutuhan
    2. Ujian Pemeriksaan Visual
    3. Ujian Imbasan X-Ray
    4. Ujian Cas & Nyahcas
    5. Ujian Kebocoran
    6. Ujian Meleraikan Bateri
    7. Ujian penggunaan berterusan 2 minggu dalam masa 5 hari
    8. Ujian perubahan voltan
  3. Membangunkan piawaian khas dalam pembangunan bateri, baik daripada segi rekaan fizikal, mapuhun perisiannya.
  4. Berkongsi kajian kes Galaxy Note7 dengan pengeluar yang lain bagi memastikan tahap keselamatan yang optimum dalam industri telefon pintar.

170123-samsung-8-point-safety

Ujian 8 titik Samsung

[Sumber: Samsung]

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: