Samsung akan membentangkan laporan akhir kes Galaxy Note7

Sehingga kini, belum ada laporan akhir dari Samsung berkenaan masalah sebenar yang menimpa Galaxy Note7. Mungkin khabar dari sumber dalaman yang dinyatakan dari Reuters ini akan diumumkan Samsung tidak lama lagi. Kerana bateri… sekali lagi.

Reuters melaporkan tentang satu sumber yang tidak dinyatakan tetapi mahir dengan masalah tersebut mengatakan, siasatan Samsung telah mencapai kata putus di mana mereka telah berjaya mengulangi semula masalah kepanasan melampau Galaxy Note7. Dalam siasatan itu juga, Samsung telah mengenalpasti kebakaran itu berlaku bukan kerana rekaan perkakas atau berkaitan perisian.

Tambah Reuters lagi, laporan ini bakal diumumkan Samsung pada 23 Januari 2017, sehari sebelum ia mengumumkan perolehannya untuk suku keempat 2016. Sehingga kini, masih belum ada sebarang respon dari Samsung tentang perkara ini.

160728-note7 biru banner

Samsung telah melancarkan telefon pintar Galaxy Note7 pada Ogos 2017, dan terpaksa memanggil semula semua Galaxy Note7 yang telah dijual, sebulan selepas itu. Ia berikutan terdapat banyak laporan dari pengguna yang menyatakan, Galaxy Note7 mereka terlampau panas, berasap dan terbakar ketika digunakan. Ia turut memaksa syarikat penerbangan melarang Galaxy Note7 dibawa naik ke dalam kapalterbang.

Dalam satu laporan awal, Samsung mengenalpasti ia berpunca dari bateri. Dengan pantas, Samsung mengganti bateri yang digunakan dan menawarkan Galaxy Note7 baru buat pembeli sedia ada. Tetapi masalah yang sama tetap berulang. Samsung akhirnya terpaksa menghentikan jualan Galaxy Note7 dan memanggil semula semua telefon pintar ini serta mengembalikan wang pembelian kepada pembeli.

Pameran MWC 2017 yang bakal menjelang bulan depan, merupakan medan tradisi untuk Samsung melancarkan telefon pintar terhebat mereka. Tetapi Samsung perlu memastikan mereka adpat memulihkan kepercayaan orang ramai, serta menjamin masalah yang sama tidak akan berulang. Jika tidak, Galaxy S8 yang bakal dilancarkan akan diselubungi keraguan bakal pembeli sekaligus menjejaskan penjualannya.

[SUMBER: Reuters]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: