Perpustakaan Negara Malaysia Sedia Pinjaman Buku Digital Percuma

Membaca jambatan ilmu. Jika anda masih belum tahu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ada menyediakan buku digital percuma, ya, PERCUMA khas untuk menyemarakkan budaya membaca agar tidak mati ditelan arus modenisasi. Anda boleh memilih buku daripada 38 kategori yang disediakan dan terus membacanya sama ada melalui pelayar Internet di komputer, ataupun menggunakan aplikasi mudah alih yang menggunakan sistem operasi Android, iOS, dan Windows.

Untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan digital PNM, anda hanya perlu melalui proses pendaftaran yang amat ringkas dan cepat. Selepas itu, anda boleh terus menggeledah katalog buku digital yang mengandungi ribuan buku untuk anda pinjam. Walaupun buku dalam bentuk digital, ia masih menggunakan konsep pinjam & pulang. Maka, mungkin ada buku yang anda tak boleh pinjam dek sudah dipinjam pengguna lain.

170117-digital library malaysia katalog

Antara buku yang ditawarkan dalam perpustakaan digital

Jika ingin membaca semasa berada dalam pengangkutan awam, anda bolehlah memuat turun aplikasi e-baca yang ada di gedung dalam talian sistem operasi masing-masing (Android, iOS, Windows). Gunakan akaun yang anda telah wujudkan semasa di komputer tadi untuk mengakses bahan bacaan yang telah dipinjam.

Selain bacaan orang dewasa, bahan bacaan yang disediakan turut meliputi bahan yang sesuai untuk golongan remaja, dan kanak-kanak. Terdapat juga buku yang dipenuhi imej berwarna-warni yang mungkin akan menarik minat anak anda untuk membaca.

Layari laman rasmi perpustakaan digital PNM sekarang untuk mula membaca.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: