Perisian Meitu Di Android Curi Data Telefon Dan Hantar Ke Pihak Ketiga

Meitu adalah satu aplikasi menyunting gambar. Ia memberikan pengguna fungsi-fungsi seperti menguruskan, membuat parut, membesarkan mata, dan sebagainya kepada gambar digital anda. Sudah tentu aplikasi ini menyasarkan pada golongan narsisisma yang memuat naik Instagram selang semini. Tetapi, sedarkah anda, selain mencantikkan gambar, perisian ini boleh menimbulkan keraguan jika dilihat dengan lebih teliti.

170120-meitu paystore

Di atas adalah perisian Meitu yang kami maksudkan dan ini adalah senarai kebenaran yang dimohon aplikasi Meitu daripada telefon anda:

170120-meitu permission details.png

Untuk sebuah aplikasi mengedit gambar, adakah kebenaran sebegini banyak releven? Cuba lihat pada kategori kebenaran. Meitu mengkehendakkan lokasi telefon, ID peranti, maklumat panggilan, dan melihat ketersambungan telefon. Berbanding dengan aplikasi yang hampir serupa dengan fungsi Meitu seperti Snapseed, ia hanya memerlukan kebenaran untuk mengakses storan sahaja.

Seorang pengguna telah meneliti fail perisian APK meitu dan mendapati senarai kebenaran yang Meitu minta adalah tak munasabah jika dibandingkan dengan fungsinya. Beliau juga telah membuktikan perisian itu menghantar data IMEI ke pihak ketiga.

Untuk pengguna yang peka, ia tidak mendatangkan masalah kerana mereka mudah sekali mencari alternatif kepada Meitu. Tetapi pengguna yang kurang mengetahui sudah pasti akan memasang aplikasi ini secara membuta tuli. Maka, sebagai pengguna bermaklumat, adalah tanggung jawab kita untuk berkongsi dengan mereka supaya kebocoran data-data sensitif boleh dibenteras.

170120-sila check permission details

Sebelum tekan butang Install, sila skrol kebawah untuk periksa butiran kebenaran 

Tidak kiralah apa jua aplikasi yang anda ingin pasang, apa yang boleh kami cadangkan disini adalah anda memeriksa butiran kebenaran yang akan diberikan kepada aplikasi itu sebelum bersetuju untuk memasangnya, lebih-lebih lagi buat aplikasi yang tak terkenal atau daripada pembangun yang anda tak kenali.

[Sumber: Android Police]

 

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: