Neffos X1 Bukti Kemampuan TP-Link Dalam Arena Telefon Pintar

Neffos adalah produk telefon keluaran TP-Link. Mereka melancarkan satu siri baru telefon pintar di IFA 2016 tahun lepas iaitu siri Neffos X. Kini, kedua-dua model itu tiba di Malaysia untuk dibeli. Memang sedikit lewat untuk Neffos tetapi, hey, kalau harganya kompetitif, apa salahnya kan?

Neffos X1 dan Neffos X1 Max adalah baka baru yang menaikkan piawaian kualiti telefon keluaran mereka. Mana taknya, bahagian belakang hampir keseluruhannya menggunakan materi besi kecuali tempat letaknya antena komunikasi, memberikan rasa premium kepada pengguna.

170112-neffos X1 07

Kedua-dua telefon dalam siri X ini memiliki spesifikasi yang hampir sema kecuali dalam beberapa komponen. X1 menggunakan panel paparan 5 inci dengan resolusi 720p manakala X1 Max yang lebih besar menggunakan paparan 5.5 inci dengan resolusi 1080p.

Selain itu, pengguna boleh membeli X1 dalam varian 2GB RAM + 16GB storan atau 3GB RAM + 32GB storan. X1 Max pula diseduakan dalam varian 3GB RAM + 32GB Storan dan 4GB RAM + 64GB storan. Bateri juga sedikit berbeza kerana X1 Max menggunakan bateri berkapasiti 3,000mAh manakala X1 dikuasakan bateri 2,250mAh.

Dikelaskan dalam kelompok pertengahan, kedua-dua telefon menggunakan cip pemproses MediaTek Helio P10. Bahagian optikal pula menerima kamera belakang 13 MP dengan autofokus PDAF serta kamera swafoto 5MP.

170112-neffos X1 06

Memberikan keyakinan tinggi terhadap perantinya, TP-Link memberikan 3 bulan jaminan satu-dengan-satu bersama-sama 2 tahun jaminan tambahan.

Harga jualannya adalah seperti berikut:

Neffos X1 : RM749 (2GB/16GB), RM849 (3GB/32GB)

Neffos X1 Max : RM999 (3GB/32GB), RM1,199 (4GB/64GB),

Anda boleh mendapatkan telefon ini melalui saluran dalam talian seperti Lazada. Satu promosi eksklusif berjalan di Lazada sekarang. 50 orang pertama yang membeli Neffos X1 varian RAM 3GB/Storan 32GB akan menerima speaker Bluetooth Groovi Ripple yang berharga RM158 secara percuma.

170112-neffos x1 comparison

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: