Jom Daftar Minat Untuk Super Mario Run Di Android

Super Mario Run adalah satu game seperti Flappy Bird. Ia diumumkan sekitar September tahun lalu dan dilancarkan hanya untuk iOS pada 15 December yang lalu. Tetapi, ia bakal berubah apabila Nintendo menerusi Twitter @SuperMarioRun dan @NintendoAmerica telah mengumumkan pendaftaran untuk memasang games itu di Android.

Game ini boleh dimainkan menggunakan hanya satu tangan dan amat sesuai dimainkan sebagai pengisi waktu senggang. Hanya sebelah tangan diperlukan bagi mengawal tukang paip berwarna merah berlari daripada kiri ke kanan skrin. Anda juga boleh mencabar rakan anda untuk berlumba-lari sambil menghimpun mata yang boleh digunakan untuk membeli power-up.

Pelancaran di platform Android adalah wajar dilakukan.  Satu analisis bebas yang dijalankan menunjukkan selepas mencecah 40 juta muat turun dalam masa hanya empat hari, graf muat turun sudah mula menunjukkan pola mendatar. Maka, mereka boleh mula meneroka pasaran Android untuk terus kekal berkembang.

Nintendo tidak mengamalkan konsep “freemium” pada Super Mario Run seperti yang mereka gunakan pada Pokemon Go. Freemium lebih digemari pengguna kerana pemain yang tak nak mengeluarkan wang untuk bermain masih boleh bermain. Cuma perkembangan permainan akan dipercepat menerusi pembelian mikro (microtransaction) yang ada dalam permainan itu.

Ramai pengguna merungut tentang harga yang perlu mereka bayar untuk membuka keseluruhan permainan itu. Pada $10, hampir separuh review yang diterima Super Mario Run di AppStore memberikan hanya satu bintang.

Apakah strategi Nintendo untuk Super Mario Run di Android?

 

[Sumber: @NintendoAmerica]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: