Diariku bersama Samsung Galaxy A (2017)

170116-galaxy a5 2017 quick charge 2

6 pagi

Hari baru bermula. Celik saja mata terus tengok telefon di sebelah. Nasib baik ada Always On Display (AOD) bermakna anda boleh melihat masa, peratus bateri yang tinggal dan kalendar tanpa perlu mengaktifkan telefon itu sendiri.

Pegang saja telefon dah boleh nampak yang memberi dua kelebihan iaitu menjimatkan masa dan menjimatkan bateri itu sendiri dengan maklumat penting sudah dibuka tanpa perlu aktifkan keseluruhan telefon.

8 pagi

Dah bersiap untuk ke pejabat. Baiklah jom mulakan pemanduan dengan membuka Waze, cepat betul buka telefon. Yalah, dengan prosesor yang laju, apa saja boleh dilakukan dengan pantas.

Sebelum memandu, buka dulu Facebook, Instagram dan macam-macam lagi lepas itu balas lah sedikit mesej WhatsApp. Ops! Nak selfie #ootd pagi pun boleh.

10 pagi

Gear dua dimulakan untuk bekerja, banyak emel yang masuk dan orang kiri kanan sibuk memanggil dan menghantar mesej. Sambil dengar lagu dalam Spotify pun, boleh saja membuka aplikasi mesej dan membalas dengan pantas.

Tiba-tiba perlu ke luar pejabat untuk mesyuarat….rekod saja minit mesyuarat dengan Samsung Galaxy A yang ada!

12 tengahari

Mesyuarat baru habis, lapar lah pula…Jom cari makanan tapi bosan makan tempat sama jadi layarilah internet dalam Samsung Galaxy A…Terliur tengok makanan dalam skrin telefon yang cerah dan HD ini.

Apa lagi, teruskan tujuan ke restoran yang dilayari tadi. Dah tiba, selfie dulu di restoran, pesan makanan dan tunggu…Makanan pun tiba, halakan lensa kamera Samsung Galaxy A (2017) ke makanan yang nampak lazat dan terus pos ke Instagram.

Restoran pun ala-ala romantik gitu dengan lampu yang minimum…Gelaplah pula. Jangan risau, ada F1.9, ia membenarkan lebih banyak cahaya sampai ke sensor pengimejan untuk memberikan imej yang lebih baik dalam keadaan gelap.

2 petang

Dalam perjalanan pulang ke pejabat tiba-tiba hujan, alamak! Musim hujan di kota sekarang bukan main lagi sampai banjir dibuatnya tapi apa ada hal. Samsung Galaxy A (2017) kot, IP68 dalam telefon harga mampu milik siapa nak bagi kalau bukan Samsung?

6 petang

Waktu kerja dah habis tapi perlu membeli barang keperluan pula, jom singgah di kedai…Alamak! Terlupa pula dompet dalam kereta. Cip NFC yang terbenam pada papan utama menyokong Samsung Pay. Lupakan kad fizikal anda kerana ia boleh digunakan di mana-mana terminal pembayaran kad, walaupun ia hanya menyokong pembayaran kad secara leret!

Ini kerana Samsung Pay turut menyokong teknologi Magnetic Strip (MST) dan ia boleh mensimulasikan tindakan meleret kad. Mudah saja untuk digunakan lagi-lagi jika anda pengguna Maybank.

7 petang

Singgah dulu di gim, kurang-kurang marilah berpeluh selama 30 minit. Dalam gim pun ada sauna atau kolam renang sekarang.

Kalau hujan pun boleh ditepis, mahu menyelam dengan Samsung Galaxy A (2017) pun tiada masalah asalkan cukup syarat.

9 malam

Lega dah sampai rumah, terus masuk untuk mandi, bawa juga telefon dan mainkan lagi lagu sambil berkaraoke di bilik mandi.

10 malam

Jom tonton sekejap siri kegemaran di iflix, dengan HD penuh Super AMOLED pada 5.2 inci (A5) dan 5.7 inci (A7), memang ketara sangat kalau mahu bermain game atau menonton video YouTube pada definisi yang tinggi.

Dah lah gambar cantik, tak nampak pun ‘lag’nya dan menonton filem atau siri kegemaran bersama iflix atau Netflix memang cun.

12 tengah malam

Masuk tidur, terlupa, bateri Samsung Galaxy A (2017) masih kuat bertahan tapi eloklah cas di sebelah sebelum hari esok bermula lagi!

 

P/S: Samsung Galaxy A5 (2017) dan Galaxy A7 (2017) sekarang sudah tersedia dijual sejak 25 Januari lalu! Dua warna yang boleh anda pilih termasuk Black Sky dan Gold Sand. Apa lagi serbulah stor Samsung, pengedar rasmi dan rakan kongsi dalam talian untuk memiliki siri Galaxy A yang petama dengan IP68- kalis air dan debu!

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: