Android Wear 2.0 Dilancarkan 9 Februari Ini

Android Wear adalah sistem operasi yang dikhaskan untuk peranti boleh pakai. Versi yang terakhir adalah 1.5 yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow sebagai kerangkanya. Versi 2.0 menggunakan Android 7.0 Nougat dan sepatutnya diperkenal penghujung tahun lepas tetapi ditunda. Satu maklumat baru daripada Evan Blass mendakwa Android Wear 2.0 akan dilancarkan 9 Februari ini.

Android Wear dilancarkan pada Jun 2014 dan dibangunkan daripada Android Ice Cream Sandwich. Untuk Android Wear 2.0, masih belum diketahui jam tangan mana akan menerima kemas kini itu kelak. Tetapi ada khabar angin bahawa Google turut akan memperkenalkan jam tangan pintar Pixel mereka sendiri.

Antara fungsi baru yang dinanti-nantikan pengguna Android Wear pada versi 2.0 adalah seperti:

  1. Sokongan rangkaian selular
  2. Fungsi menulis pada skrin
  3. Gedung online khas untuk menempatkan apps Android Wear

[Sumber: @evleaks]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: