12 bulan Yes 4G percuma dengan pembelian kereta PROTON

Seronok tak kalau dalam kereta anda dilengkapi internet berkelajuan tinggi? Kini anda boleh menikmatinya menerusi tawaran terbaru Proton dan Yes 4G. Dengan pembelian kereta Proton terpilih, pembeli akan menerima telefon pintar beserta pelan internet percuma selama 12 bulan.

Tawaran ini diumumkan menerusi satu majlis pelancaran semasa pameran DRB-HICOM Auto Fest, di ibupejabat EON Glenmarie. Ia dirasmikan secara bersama oleh CEO Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali dan Pengarah Eksekutif YTL Communications, Dato’ Yeoh Soo Keng.

Beli Proton Percuma Yes 4G - pelancaran

Bagaimanapun tawaran ini disediakan untuk tempoh terhad. Ia diberi untuk pembelian kereta Proton di antara 14 Januari sehingga 28 Februari 2017, atau selagi stok masih ada.

Pembeli kereta Proton yang terlibat dalam tawaran ini, akan menerima pakej ‘Pelan PROTON Yes Altitude‘. Ia memberikan pengguna internet berkelajuan tinggi 4G LTE sehingga 16GB sebulan, selama 12 bulan dari tarikh pendaftaran. Pelan ini turut memberikan panggilan dan SMS percuma sesama talian Yes 4G, manakala panggilan ke talian tempatan lain dikenakan caj 9 sen/minit dan setiap SMS.

Beli Proton Percuma Yes 4G - Yes Altitude

Selain pelan internet ini, pembeli turut akan menerima satu unit telefon pintar Yes Altitude 4G LTE bernilai RM399 secara percuma, bersama aksesori seperti pengecas kereta, pemegang telefon dalam kereta dan pek bateri.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Proton Yes 4G LTE atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan PROTON di nombor 1 800 888 398. Model kereta Proton yang terlibat dalam tawaran ini adalah seperti berikut:

Beli Proton Percuma Yes 4G - jadual model dan tempoh tawaran

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: