Pengguna Nexus Boleh Berparti Dengan Nougat Hari Ini

Pengguna Nexus 6, Nexus 5X, Nexus 6P, Nexus 9, Pixel, Pixel XL, Nexus Player, Pixel C boleh menjangkakan menerima kemas kini Android 7.1.1 Nougat bermula hari ini apabila pembangunnya, Google, mengumumkan mereka sudah memulakan fasa naik taraf melalui OTA kepada produk-produk Nexus mereka.

Daripada segi fungsi baru pada Android 7.1.1, cadangan untuk mempromosikan kesamarataan jantina sudah mula dikuatkuasakan. Pengguna Android Nougat kini menerima sejumlah emoji yang menggambarkan wanita dalam pelbagai jenis kerjaya. Kerjaya daripada tukang gunting rambut hingalah ke angkasawan boleh ditemui.

161206-android-female-emoji

Perkongsian GIF juga dipermudah kerana Google Keyboard kini mempunyai fungsi berkongsi GIF terus daripada perisian itu. Ia menyokong perisian seperti Google Allo, Google Messenger, dan Hangout.

161206-android-nougat-gif-share

Satu lagi fungsi menarik yang anda mungkin mahu cuba adalah Launch Action, pada Home Screen, apabila anda sentuh ikon aplikasi, satu menu khas akan keluar yang mencadangkan tindakan yang ingin anda lakukan. Misalnya pada ikon YouTube, tindakan yang dicadangkan adalah seperti mencari video ataupun melihat video hangat masa ini.

161206-android-nougat-action-menu

Bermulanya penyebaran Android Nougat ini, pengguna peranti selain Nexus sudah moleh mencuit pengeluar masing-masing agar mempercepat pembangunan ROM untuk telefon anda.

SUMBER: Google

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: