Pelan prabayar UMI oleh U Mobile UMI kini dengan 3x lebih banyak data

U Mobile nampaknya tidak mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada kempen Xpax #NoKelentong apabila mengumumkan semua pelan data UMI, digandakan datanya sehingga 3x. Bukan itu sahaja, pelan UMI ini turut menerima data khas Video-Onz dan juga Music-Onz.

Data khas Video-Onz akan diberikan mengikut jenis pelan langganan, tetapi strim muzik boleh dilakukan tanpa had menerusi Music-Onz untuk semua pelan UMI. Selain itu, pengguna juga boleh melayari YouTube tanpa had data dari jam 2 pagi sehingga 10 pagi. Pelan UMI juga memberikan 50 minit panggilan percuma setiap hari, ke talian U Mobile yang lain.

pelan-prabayar-u-mobile-umi-baru-dis-2016-kelebihan

Pelan terendah UMI 20, kini menerima 4.5GB data berkelajuan tinggi, bersama tambahan 500MB untuk Video-Onz. Bermakna, dengan RM20 anda menerima 5GB data. Dengan UMI 30 bernilai RM30 sebulan pula, anda mendapat 7.5GB data berkelajuan tinggi dengan tambahan 2.5GB Video-Onz, berjumlah 10GB sebulan. Ini belum kira lagi Music-Onz tanpa had untuk semua.

Pelan terbesar mereka iaitu UMI 50, memberikan 12GB data berkelajuan tinggi, 4GB data Video-Onz, data Music-Onz tanpa had beserta 50 minit panggilan ke semua talian tempatan. Semua ini hanya RM50 sebulan. Ini dilihat lebih berbaloi dari pelan baru Xpax #NoKelentong yang memberikan 10GB data berkelajuan tinggi, 10GB data asas dan 10GB Facebook untuk RM50 sebulan.

pelan-prabayar-u-mobile-umi-baru-dis-2016-semua-pelan

Tetapi taawaran 3x ganda data berkelajuan tinggi UMI ini bermula dari hari ini, 22 Disember 2016 sehingga 15 Februari 2017. Bermakna, anda perlu melanggan pelan UMI dalam tempoh masa ini sahaja untuk menikmati tawaran 3x ganda data. Selepas 15 Februari? Kena tunggu tawaran baru U Mobile nanti.

Jika anda berminat dengan data berganda-ganda dari U Mobile ini, boleh mendapatkan pek permulaan U Mobile dari wakil pengedar U Mobile di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran hebat ini, layari lamanweb prabayar U Mobile UMI sekarang.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: