Panggilan percuma ke 5 FRIENDZ dengan Hotlink FAST

Prabayar Hotlink FAST yang memberikan internet 4G percuma di hujung minggu, kini menambah tawarannya dengan memperkenalkan panggilan percuma FRIENDZ. FRIENDZ membenarkan panggilan percuma kepada 5 rakan yang menggunakan talian Maxis atau Hotlink.

Panggilan percuma FRIENDZ ini hanya boleh digunakan dengan pelan Hotlink Fast sahaja. Malah, ia turut membatalkan tawaran Hotlink Activ10 sebelum ini. Selain panggilan percuma, FRIENDZ juga memberikan kadar 1 sen sahaja untuk setiap SMS. Bagi nombor selain FRIENDZ, ia dikenakan caj 30 sen seminit untuk panggilan, dan 15 sen setiap SMS ke semua talian tempatan.

hotlink-fast-kini-dengan-panggilan-percuma-kadar-hebat-frenz

Untuk menambah nombor ke dalam FRIENDZ, hanya dail *100*3*3# dan ikuti arahan di skrin. Kemasukan 5 nombor pertama ke dalam FRIENDZ adalah percuma, tetapi perubahan nombor seterusnya dikenakan caj RM10 setiap satu.

Bagaimanapun, kadar panggilan percuma ini dikenakan had Dasar Penggunaan Saksama, 1000 minit setiap bulan. Jika melebihi had ini, kadar panggilan biasa akan dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Hotlink Fast sekarang.

hotlink-fast-kini-dengan-panggilan-percuma-pas-internet

%d bloggers like this: