Microsoft dan Intel lancar kempen Temui Cinta PC baru

Hujung tahun memang tidak lekang dari pelbagai tawaran menarik. Pasaran teknologi juga tidak ketinggalan menyertai kemeriahan jualan akhir tahun, seperti kempen ‘Find Your New PC Love’ oleh Microsoft dan Intel. Ia memberi peluang rakyat Malaysia untuk mendapatkan komputer peribadi moden terbaik untuk mereka, dikuasakan sistem operasi Windows 10 dan pemproses Intel Core.

Laptop yang dihasilkan kini memiliki lebih banyak penggunaan. Rekaannya semakin ringan dan nipis, tetapi memiliki prestasi lebih hebat dan paling penting, jangka hayat bateri yang lebih panjang. Terdapat model yang memiliki skrin sentuh serta boleh putar 360-darjah, menjadikannya boleh digunakan dalam apa jua situasi. Kini adalah masa terbaik untuk menaik taraf laptop anda.

microsoft-intel-find-your-new-pc-love-pilih-ini

Microsoft dan Intel dengan kerjasama pengeluar seperti ASUS, Acer, Dell, HP dan Lenovo, membawakan promosi eksklusif sehingga hujung tahun ini, 31 Disember 2016. Antara tawaran yang menanti pembeli adalah:

  • Dell – 3x ganda mata untuk program ganjaran Mad-X untuk mana-mana pembelian XPS dan 2-dalam-1, dan boleh ditebus untuk pelbagai hadiah.Lenovo
  • Acer – Percuma McAfee Internet Security (bernilai RM299) dan Jaminan Tambahan Acer sehingga 3 tahun.
  • Lenovo – Baucer beli-belah bernilai RM200 percuma dengan pembelian MiiX 510 i5
  • Microsoft Surface – Sehingga RM800 diskaun bagi pembelian Surface Pro 4 model Core M & Core i5.

Untuk memudahkan pengguna membuat pilihan, satu laman web khas, www.yournewpclove.my telah dibina. Di sana, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan laptop berkuasa tinggi, memiliki skrin sentuh, ringan dan mudah alih atau mampu milik. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan laptop tersebut, serta di mana ia boleh dibeli.

Antara laptop yang terdapat dalam kempen ini adalah:

Acer Switch Alpha 12 – gabungan tablet dan papan kekunci boleh cabut paling murah boleh dimiliki. Ia juga menggunakan sistem penyejukan paip haba tanpa kipas, menjadikannya laptop yang sangat senyap.

microsoft-intel-find-your-new-pc-love-laptop-acer-switch-alpha-12

Microsoft Surface Pro 4 – Pencipta rekaan tablet dan papan kekunci boleh cabut, kini dilengkapi pemproses Intel Core generasi ke-6 dan storan sehingga 1TB.

microsoft-intel-find-your-new-pc-love-laptop-microsoft-surface-pro-4

ASUS Zenbook UX360CA – Rekaan ZenBook yang ringan ditambah dengan kebolehan putaran 360-darjah merupakan pilihan untuk pelbagai kegunaan dalam satu peranti.

microsoft-intel-find-your-new-pc-love-laptop-asus-zenbook-ux360ca

Lenovo Miix 510 – Satu lagi PC 2-dalam-1 dengan papan kekunci boleh cabut. Rekaan unik engselnya adalah tarikan utama, selain Active Pen untuk kegunaan lakaran seperti pen sebenar.

microsoft-intel-find-your-new-pc-love-laptop-lenovo-miix-510

HP Spectre x360 – Prestasi hebat dengan harga menawan menjadikannya laptop yang berbaloi dimiliki. Ia juga datang dengan skrin sentuh yang boleh diputar 360-darjah.

microsoft-intel-find-your-new-pc-love-laptop-hp-spectre-x360

Dell XPS 13 – Rekaan premium gentian karbon dalam badan paling nipis dan ringan menjadikannya salah satu laptop terbaik di dunia. Skrin 13-inci dengan paparan InfinityEdge membolehkan ia dimuatkan ke dalam badan laptop 11-inci biasa. Memerlukan pengeras yang keras.

microsoft-intel-find-your-new-pc-love-laptop-dell-xps-13

Jangan ketinggalan untuk menemui cinta baru anda menerusi barisan laptop yang disediakan ini. Tawaran sah sehingga 31 Disember 2016 sahaja. Layari lamanweb Your New PC Love untuk lebih maklumat.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: