Lenovo Yoga Book pamer kehebatan laptop dwi-skrin

Share Button

Lenovo membawa revolusi ke dunia tablet dengan memperkenalkan Yoga Book, yang dilengkapi teknologi yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Yoga Book menampilkan rekaan yang nipis dan ringan, bateri yang tahan lama serta mod pelbagai guna.

Teknologi yang paling menarik perhatian pada Yoga Book adalah papan kekunci Halo. Ia merupakan sebuah skrin kedua yang boleh menjadi papan kekunci digital, ataupun papan lakaran. Papan kekunci digital ini turut memiliki enjin haptik untuk getaran semasa menaip, serta fungsi ramalan taipan untuk menaip dengan lebih pantas.

pelancaran-lenovo-yoga-book-papan-kekunci-digital

Untuk lakaran, Lenovo menyertakan bersama pen stylus dwi-guna, yang boleh digunakan secara digital dengan 2,048 tahap tekanan, ataupun sebagai pen biasa untuk menulis. Yoga Book boleh didapati dalam dua jenis sistem operasi, Windows 10 bersama WiFi sahaja, ataupun versi Android 6.0 Marshmallow yang menyokong kad sim 4G LTE selain WiFi.

Skrin utama Yoga Book berukuran 10.1-inci beresolusi HD Penuh 1920×1080. Ia diperkasa pemproses Intel Atom x5-Z8550, bersama 4GB RAM dan 64GB storan. Ia memiliki slot kad mikroSD untuk tambahan memori. Yoga Book mempunyai kamera belakang 8MP dengan autofokus, serta kamera depan 2MP dengan fokus tetap.

lenovo-yoga-book-pelbagai-mod-putaran-360-darjah

Mod pelbagai Yoga Book diperoleh melalui kebolehan putar 360-darjah. Ia menampilkan engsel seperti jam yang menjadi tanda siri Yoga, memberikan putaran skrin yang tahan lasak.

Tablet pelbagai guna Yoga Book akan mula dijual di Malaysia pada hujung bulan Disember ini pada harga RM2,599 dengan pilihan warna Hitam untuk versi Windows 10, dan warna Kelabu atau Emas untuk versi Android. Setiap pembelian Yoga Book akan disertakan bersama sleeve, Real Pen dan Book Pad. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman produk Lenovo Yoga Book.

Trackbacks

  1. […] Book dilancarkan dua bulan lepas dan menerima tanda harga RM2,599. Yoga Book adalah sebuah laptop yang inovatif kerana bahagian […]

  2. […] Malaysia turut memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, siri Phab 2 di samping tablet Lenovo Yoga Book. Tiga model Phab 2 dengan spesifikasi berbeza dilancarkan hari ini iaitu Phab 2, Phab 2 Plus dan […]

Apa komen anda?