Kurang beban di bahu dengan HP Spectre x360 baru

HP Malaysia menambah pilihan laptop pelbagai guna dengan memperkenalkan Spectre x360 serba baru. Ia merupakan siri x360 boleh putar generasi kedua, kini dengan paparan hampir tiada sempadan serta rekaan yang lebih ringan dan nipis.

Laptop 2-dalam-1 HP Spectre x360 ini dimuatkan dengan bateri yang lebih besar, memberi masa hidup 25% lebih lama berbanding sebelumnya, hampir 15 jam waktu hidup. Penjimatan tenaga ini turut dibantu oleh pemproses Core-i generasi ke-7 terbaru dari Intel.

hp-spectre-x360-malaysia-putih-sisi-depan-belakang

Tebal Spectre x360 hanyalah 13.8mm, 2mm lebih nipis dari sebelumnya dengan berat hanya 1.295 kg sahaja. Walaupun nipis, ia dilengkapi pembesar suara depan dan bawah dari Bang & Olufsen, diperkasa lagi dengan HP Audio Boost.

Skrin Spectre x360 berukuran 13.3-inci boleh sentuh, dengan resolusi HD Penuh IPS. Ia mempunyai dua port USB-C dengan sokongan Thunderbolt 3, serta satu port USB-A 3.0 untuk sambungan pelbagai teknologi sedia ada.

hp-spectre-x360-malaysia-nipis-buka-rata

 

HP Spectre x360 generasi ke-2 di Malaysia didatangkan dengan storan SSD 256GB dan RAM LPDDR3 sebesar 8GB. Ia menjalankan sistem operasi Widows 10 terkini dan mempunyai pengecas pantas yang boleh mengecas 90% penuh dalam masa 90 minit.

HP Malaysia menjual laptop ini pada harga RM4,999 dengan pemproses Core i5-7200U, atau RM5,999 bagi pemproses Core i7-7500U. HP Malaysia turut memberi jaminan tempatan selama 2 tahun serta jaminan antarabangsa selama 1 tahun.

Untuk maklumat lanjut, sila semak laman web HP Spectre x360.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: