Apa Nak Buat Cuti Sekolah Ni?

Hujung tahun adalah waktu cuti persekolah panjang. Selain itu, warga kerja juga menikmati hari minggu yang panjang pada tahun ini apabila hari Krismas jatuh pada hari Isnin. Maka, sudah pasti ibu bapa berkira-kira untuk membawa anak ataupun membawa pasangan memenuhi waktu terluang dengan sesuatu yang menarik.  Jika anda masih tercari-cari aktiviti yang menarik untuk memenuhi cuti anda ataupun anak-anak anda, kami senaraikan lima cadangan yang anda boleh pertimbangkan.


Berkursus Di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi

161205-program-cuti-sekolah

Ada 135 kursus jangka pendek yang disediakan pihak kolej komuniti sepanjang Disember ini

Kolej Komuniti adalah satu inisiatif kerajaan Malaysia pada 2000 untuk memberikan peluang pembelajaran kepada rakyatnya. Ia menyediakan kemudahan latihan untuk memberikan kemahiran kepada semua peringkat tertamanya kepada lepasan sekolah menengan untuk mempersiapkan mereka sbeleum menempuhi gerbang pekerjaan. Pada hari ini, sebanyak 35 kolej komuniti berjaya diwujudkan di seluruh negara.

Selain daripada kursus diploma dan sijil, Kolej Komuniti juga ada menyediakan kursus jangka pendek yang boleh disertai. Syarat-syarat untuk menjadi peserta adalah warganegara Malaysia, sihat, dan boleh menulis serta membaca. Tambah menarik, ada antara kursus yang ditawarkan serendah RM5!

Laman rasmi Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.


Sertai Bengkel Di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

161205-program-cuti-sekolah-itbm

Senarai kursus yang ditawarkan ITBM sepanjang bulan Disember 2016

ITBM ditubuhkan pada 1993 bagi memantapkan industri penterjemahan di Malaysia. Pada ketika itu, tidak banyak kandungan ilmu berbahasa Malaysia boleh dirujuk golongan yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Organisasi ini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Sebagai tulang belakang ekosistem penterjemahan Malaysia, ITBM banyak menyediakan khidmat terjemahan dan latihan penterjemahan. Antara latihan yang boleh anda lakukan semasa cuti persekolahan adalah seperti menghadiri bengkel penulisan ataupun bengkel terjemahan. Tenaga pengajarnya memang berpengalaman dalam bidang masin-masing dan ada yang pernah tercalon untuk menerima anugerah sasterawan negara.

Laman rasmi ITBM.


Ajar Anak-Anak Pengaturcaraan di KidoCode

161205-program-cuti-sekolah-kiddocode

Kursas percuma selama tiga jam di KidoCode boleh dedahkan anak-anak terhadap dunia atur cara

Di lebih 20 negara, pengaturcaraan dimasukkan dalam silibus pembelajaran seawal 6 hingga lapan tahun lagi. Disebabkan ramai yang beranggapan bahawa atur cara adalah satu kemahiran asas, sama seperti menulis dan membaca, KidoCode berusaha untuk meningkatkan tahap celik atur cara dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

KidoCode yang terletak di Solaris Mont Kiara ada menyediakan pelbagai kursus atur cara yang diwujudkan khas untuk kanak-kanak. Lebih menarik, kursus pengenalan adalah percuma dan diadakan selama tiga jam. Kanak-kanak boleh mempelajari asas pengautrcaraan dalam bidang komputer dan mereka akan beroleh kemahiran membangunkan perisian untuk komputer mahupun telefon pintar.

Pada setiap bulan, KidoCode akan mengumumkan kursus percuma di laman Facebook mereka. Ibu bapa hanya perlu mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikutinya.

Laman rasmi KidoCode.


Belajar Seni Di Lara’s Place

161205-program-cuti-sekolah-laraspace-2

Jadual program di Lara’s Place sepanjang Disember

Pelbagai program ditawarkan di Lara’s Place daripada pelajaran seni hinggalah pemodelan 3D menggunakan komputer. Tidak terhad kepada kanak-kanak, Lara’s Place juga ada menyediakan program untuk golongandewasa seperti kelas yoga dan seni bela diri.

Pada harga serendah RM60, anda boleh mempelajari teknik membuat sabun ataupun mewarnakan kepingan kaca ataupun jika mempunyai bajet lebih, anda boleh belajar cara membangunkan aplikasi Android.

Laman rasmi Lara’s Place.


 Sertai Jelajah Berpandu Percuma

161205-program-cuti-sekolah-jalan-jalan-kg-baru

Rajah perjalanan  [email protected] Bahru

Walaupun ramai yang merungut akan kenaikkan hari disana-sini, masih ada lagi barangan yang murah malahan percuma jika anda pandai mencari. Salah satunya adalah jelajah berpandu percuma. [email protected] Bahru adalah program percuma yang dianjurkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia adalah perkhidmatan pemandu pelancong percuma yang akan membawa anda meronda kawasan Kampung Baru.

Kampung Baru adalah sebuah kampung yang dilingkari Bandaraya Kuala Lumpur. Ia digazetkan sebagai petempatan orang Melayu oleh penjajah British pada 1900 yang membenarkan mereka mengamalkan cara hidup Melayu sebagai satu cara untuk memelihara.Nampak saja tak terurus, ia adalah kampung paling mahal di Malaysia dengan anggaran tanah kawasan itu bernilai $1.4 billion.

Satu lagi jelajah berpandu percuma yang boleh anda sertai adalah Jelajah Berpandu Percuma Dataran Merdeka. Jelajah 2 jam setengah ini akan memabwa anda menelusiri 11 lokasi ikonik di sekitar tapak permulaan Kuala Lumpur.

Maklumat tentang [email protected] Bahru boleh didapati di sini.

Maklumat tentang Jelajah Berpandu Percuma Dataran Merdeka boleh didapati di sini.

[sumber gambar]