9 Telefon Ini Buat Anda Lupakan Powerbank

Pengguna rata-ratanya mempunyai cita rasa mereka yang tersendiri apabila membeli sesuatu produk apatah lagi dalam urusan memiliki telefon pintar. Jika dulu kita hanya perlu beli dan pakai, tanpa perlu menimbang tara jenis-jenis telefon yang ada dalam pasaran, kini situasi itu tak lagi terpakai. Segmentasi telah menjadikan telefon pintar hadir dalam pelbagai rupa, spesifikasi, dan harga. Hal ini menjadikan lebih banyak pemboleh ubah terpaksa diambil kira semasa membeli telefon.

Ada kelompok power user yang sentiasa mahu kekal dihadapan dengan membeli telefon yang paling canggih setiap kali. Mereka ini amat sensitif terhadap apa yang dipaterikan pada papan utama telefon. Ada pula kelompok “biasa-biasa” yang tidak kisah akan jenis dan rupa telefon, asalkan ia berfungsi seperti yang diharapkan.

Artikel kali ini ditujukan untuk kelompok yang mempunyai bajet yang sedang-sedang tapi mengkehendakkan sebuah telefon yang boleh mengiringi mereka dalam urusan seharian tanpa perlu terjebak dengan sindrom low battery anxiety. Golongan ini amat peka dengan tahap bateri pada telefon mereka malahan mereka gemar memeriksa peratusan bateri pada telefon dari masa ke masa.

Sembilan telefon yang kami senaraikan dibawah adalah telefon keluaran tahun ini yang berharga kurang daripada RM 1,300 tetapi mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 4,000 mAh. Tekan mana-mana pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang setiap telefon itu.

  1. Lenovo P2
  2. Leagoo Shark 1
  3. Lenovo K6 Note
  4. Xiaomi Mi Max
  5. Asus Zenfone 3 Max (2 Varian)
  6. Lenovo K6 Power
  7. Xiaomi Redmi 3S (2 Varian)
  8. Xiaomi Redmi Note 3
  9. Wiko Ufeel Go

161220-telefon-bateri-besar-table-2

Enam telefon dalam senarai ini datang daripada dua pengeluar, tiga model masing-masing daripada Lenovo dan Xiaomi. Kesemua mereka mempunyai bateri dalam julat 4,000 mAh hingga 4,850 mAh kecuali Lenovo P2 dan Leagoo Shark 1 yang masing-masing memiliki bateri 5,100 mAh dan 6,300 mAh.

Leagoo Shark 1 pula mempunyai bateri terbesar dalam senarai ini, tetapi ia bukanlah telefon yang paling mahal. Pada RM 999, ia berkedudukan kedua selepas Lenovo P2 yang dijual pada harga RM1,299. Ia tidaklah menghairankan kerana Leagoo Shark menggunakan cip pemproses yang lebih murah manakala Lenovo P2 membawa Snapdragon 625 beserta 4 GB RAM pada papan induknya.

Bateri yang besar akan mengambil masa yang panjang untuk diisi jika tiada fungsi pengecasan pantas. Daripada sebelas peserta senarai ini, hanya dua mempunyai fungsi tersebut iaitu Lenovo P2,dan Leagoo Shark 1.

Daripada segi keluasan RAM, Lenovo P2 mempunyai 4 GB RAM, terbesar dalam senarai ini. Sebaliknya, Wiko Ufeel Go dan satu varian Xiaomi Redmi 3s hanya mempunyai RAM sebesar 2 GB. Tidak banyak yang boleh diadu tentang telefon Wiko dan Xiaomi ini kerana pada harga RM 599 dan bateri gergasi, ia memang cukup untuk mendukung tugasan harian biasa yang pengguna lontarkan padanya.

Jika anda mencari telefon yang mempunyai panel paparan tercantik, Lenovo P2 menggunakan panel Super AMOLED yang terkenal dengan penghasilan imej yang cantik. Telefon yang lain kebanyakkanya menggunakan panel LCD daripada jenis IPS.

[nextpage title=”LENOVO P2″]

161215-lenovo-p2

Lenovo P2, Lenovo K6 Note, dan Lenovo K6 Power baru saja dilancakan di Malaysia minggu lepas. Kami rasakan trio ini adalah telefon bajet berbateri besar yang tidak boleh kita pandang enteng lebih-lebih lagi Lenovo P2. Ia hadir dengan fungsi pengecasan pantas yang menyuntik 24 watt tenaga masuk ke bateri setiap saat dan terdapat butang khas untuk mengaktifkan fungsi penjimatan bateri di sebelah kanan telefon ini.

Badannya ditempa daripada sekeping besi yang utuh untuk membaluti panel paparan Super AMOLED sebesar 4.4″-nya. Panel paparan P2 memiliki resolusi 1080p. Pada bahagian papan utamanya, Lenovo menggunakan Snapdragon 625 untuk menggerakkan telefon ini. Cip pemproses yang dilancarkan tahun ini itu mampu memberikan kepantasan pemproses yang tinggi tetapi dalam masa yang sama menguruskan penggunaan tenaga dengan cekap.

Harga jualan: RM 1,299

[nextpage title=”LEAGOO SHARK 1″]

leagoo shark 1 front

Leagoo memang tidak main-main semasa memasang hajat menghasilkan telefon berbateri besar. Leagoo Shark 1 mempunyai bateri yang amat besar iaitu pada 6,300 mAh. Sebuah tablet seperti iPad Mini, yang sudah tentu bersaiz lebih besar secara fizikalnya, pun hanya miliki bateri 5,200 mAh. Hadir bersama-sama bateri gergasi tersebut adalah fungsi pengecasan pantas yang dikatakan boleh memberikan waktu penggunaan 4 jam hanya denga 30 minit cas.

Seperti Lenovo P2, telefon ini boleh bertindak sebagai sumber kuasa untuk mengecas telefon yang lain.

Binaannya memang utuh dengan kaca 2.5D melindungi panel paparan beresolusi HD penuh daripada jenis LG LPTS. Badannya pula adalah besi sepenuhnya dan terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang telefon ini. Walau bagaimanapun, tiada butang kapasitif fizikal hadir dan ia terpaksa menggunakan sebahagian daripada panel paparan untuk memaparkan kekunci navigasi.

Harga jualan: RM 999

[nextpage title=”LENOVO K6 NOTE”]

161215-lenovo-k6-note

Lenovo K6 Note dan Lenovo K6 Power adalah telefon yang mempunyai spesifikasi serupa kecuali pada beberapa komponen seperti saiz paparan, kamera, dan konfigurasi speaker. Pada RM999, K6 Note RM200 lebih mahal berbanding K6 Power tetapi ia mempunyai saiz paparan yang lebih besar iaitu 5.5″ dengan panel LCD beresolusi 1080p.

Telefon ini mempunyai speaker mono yang menerima sentuhan Dolby Atmos yang pastinya memberikan pengalaman audio yang unik. Ditujukan untuk golongan yang suka mengambil gambar, kamera belakangnya diperkasa oleh sensor 16 MP dengan PDAF manakala kamera selfienya pula berkuasa 8 MP.

Harga jualan: RM 999

[nextpage title=”XIAOMI MI MAX”]

test-produk-mi-max-genggam-depan-kehijauan-01

Walaupun berada dalam kandang harga telefon kelas pertengahan, Mi Max memberikan pandangan pertama yang utuh. Mana taknya, ia dibina daripada besi sepenuhnya dengan bingkai LCD yang halus. Paparannya yang luas ini pasti menyenangkan anda bermarathon siri atau filem dengan bantuan baterinya yang luas.

Lebih menarik, telefon ini memiliki pemancar inframerahnya. Maknanya, anda boleh melupakan remote televisyen anda dan menggunakan Xiaomi Mi Max anda untuk mengawalnya.

Satu saja kelemahan teleofn ini adalah ia tidak mempunyai fungsi pengecasan panas.

Harga jualan: RM 999

[nextpage title=”ASUS ZENFONE 3 MAX”]

160913-zenfone-3-max-depan-belakang

ZenFone 3 Max yang dijual di Malaysia adalah daripada model ZC520TL dan ZC523KL. Dua varian yang dijual Asus ini mempunyai perbezaan ketara dalam beberapa aspek. ZC520TL mempunyai panel paparan sebesar 5.2″, dan hanya hadir dengan paparan IPS LCD beresolusi 720p manakala ZC523KL adalah sebuah telefon sebesar 5.5″ dengan paparan beresolusi HD penuh. Model yang lebih kecil mengguna pakai cip pemproses daripada MediaTek, berbeza daripada model yang lebih besar yang menggunakan cip pemproses Snapdragon.

Pengguna juga dibekalkan dengan satu kabel khas yang boleh digunakan untuk menyedut keluar kuasa bateri daripada ZenFone 3 Max dan disalurkan kepada telefon yang lain. Daripada segi binaannya pula, cengkerang luar telefon ini ditempa daripada besi dan ia memberikan keutuhan yang tinggi pada struktur badannya.

Harga jualan: RM 799 (ZC520TL)/RM 999 (ZC523KL)

[nextpage title=”LENOVO K6 POWER”]

161215-lenovo-k6-power

Lenovo K6 Power adalah saudara terdekat Lenovo K6 Note. Mereka berbeza daripada segi saiz paparan, kamera dan konfigurasi speaker. Lenovo K6 Power menerima sepasang speakaer dengan penambahbaikkan daripada Dolby Atmos. Hal ini bermakna, ia boleh memainkan sumber audio stereo sebetulnya.

Materi campuran besi dan polikarbonat digunakan untuk menempa cengkerang luar telefon ini. Telefon ini adalah yang ahli yang terkecil, bersama-sama, Xiaomi Redmi 3s iaitu pada saiz 5″. Walau bagaimanapun, ia masih mampu menampung jumlah bateri yang besar. Berbanding Redmi 3s, K6 Power tidak memiliki pemancar inframerah tetapi ia mempunyai panel paparan yang lebih baik berbanding Redmi 3s.

Harga jualan: RM 799

[nextpage title=”XIAOMI REDMI 3S”]

161220-xiaomi-redmi-3s

Pernah terkenal kerana keupyaan mereka menghasilkan telefon berkuasa tinggi pada harga mampu milik, Xiaomi tak pernah lekang dengan produk yang membuatkan pengeluar lain tak duduk diam.

Sebelum Redmi 4 tiba di Malaysia, Redmi 3s adalah telefon Redmi berbateri 4,100 mAh terbaik dalam pasaran setakat ini. Ia mengikuti jejak Redmi sebelum ini iaitu peranti kelas pertengahan berbadan besi sepenuhnya. Pakej yang dimilikinya lengkap seperti kamera utama 13 MP dan akmera selfie 5 MP.

Kemudian, ia menggunakan cip pemproses baru iaitu Snapdragon 430 yang dipadankan dengan cip grafik Adrena 505. Pemancar inframerah juga hadir untuk memudahkan anda mengawal peralatan rumah. Satu sahaja kekurangan telefon ini. Ia hanya menggunakan panel paparan IPS 5″ dengan resolusi 720p. Resolusi ini agak lapuk kerana 1080p adalah resolusi yang semakin norma hari ini.

Harga jualan: RM 599 (2 GB RAM)/RM699 (3 GB RAM)

[nextpage title=”XIAOMI REDMI NOTE 3″]

Redmi Note 3 - dalam genggaman - skrin depan

Tak mungkin anda tak pernah pempertimbang Xiaomi Redmi Note sebagai telefon anda. Ia kini berada dalam generasi ketiga dan masih mengekalkan paras harga mampu milik beserta kuasa pemerosesan yang mantap.

Di awal pelancarannya, ia menggunakan cip pemproses MediaTek Helio X10. Tetapi edisi terbaru ia menyisihkan cip pemroses itu dan beralih kepada Snapdragon 650 yang lebih cekap tenaga. Badan besi sepenuhnya memberikan telefon ini kemasan premium pada penggunanya. Disamping itu, ia juga menerima sensor kamera yang baru iaitu 16 MP untuk kamera belakang dan 5 MP untuk depan.

Seperti kebanyakkan peranti Xiaomi yang lain, Redmi Note 3 juga mempunyai pemancar inframerah.

Harga jualan: RM 699

[nextpage title=”WIKO UFEEL GO”]

161220-wiko-ufeel-go

Wiko adalah nama yang jarang-jarang didengari di Malaysia. Tetapi, pengeluar telefon daripada Perancis ini berani mencuba nasib di sini kerana mereka tahu bahawa telefon berbateri besar mempunyai pasarannya yang tersendiri. Makanya, Wiko hadir dengan telefon pertama mereka yang mempunyai bateri mencecah 4,000 mAh. Bukan sahaja mempunyai bateri besar, ia juga adalah antara telefon termurah dalam senarai kami.

Satu lagi ciri unik yang ingin kami ketengahkan adalah pada pengimbas cap jarinya. Dalam senarai ini, hanya telefon ini dan Lenovo P2 mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Jika anda perasan, kebanyakkan telefon flagship seperti Samsung Galaxy S7 & S7 edge, HTC 10, Huawei Mate 9, dan OnePlus 3 mempunyai pengimbas cap jari di bahagian depan. Ia menunjukkan Ufeel Go adalah telefon kerdil dengan cita-cita yang besar.

Harga jualan: RM599

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: