Telefon percuma dalam Celcom Blue Cube Weekend

Promosi jualan hebat hujung tahun kini telah dimulakan Celcom dengan kempen ‘Blue Cube Weekend‘. Orang ramai berpeluang memiliki telefon pintar dengan diskaun sehingga 80% ataupun percuma, semudah mendaftar kontrak dengan pelan Celcom FIRST di cawangan Blue Cube dan Celcom Centre terlibat.

Kempen 3 hari ini bermula dari 25 sehingga 27 November 2016. Diskaun dan peranti percuma ini ditawarkan bersama pelan Celcom FIRST Gold Plus dan FIRST Platinum yang baru digandakan data bulanan. FIRST Gold Plus dengan komitmen RM98 sebulan memberikan 20GB data bulanan bersama 20 GB data hujung minggu, manakala FIRST Platinum pula RM150 sebulan, dapat menikmati 30GB data bulanan serta 30GB data hujung minggu.

celcom-blue-cube-weekend-pelbagai-telefon-menanti

Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan Celcom baru dan sedia ada. Bagi pelanggan sedia ada, menambah atau menaik taraf pelan ke FIRST Gold Plus atau FIRST Platinum melayakkan mereka untuk menerima kelebihan sepanjang kempen Blue Cube Weekend ini.

Antara tawaran telefon percuma yang disediakan untuk pelan FIRST Gold Plus adalah Lenovo Vibe C, Samsung Galaxy J2 Prime dan ASUS Zenfone Go. Manakala pelanggan FIRST Platinum menerima lebih pilihan, dengan tambahan OPPO F1s dan Galaxy J3. Lebih banyak lagi telefon pintar lain dengan diskaun sehingga 80% boleh dimiliki semasa kempen ini.

celcom-blue-cube-weekend-first-gold-plus celcom-blue-cube-weekend-first-platinum

Beberapa cawangan Blue Cube dan Celcom Centre terpilih seperti Blue Cube Sunway Pyramid, Celcom Centre Taman Molek JB, Celcom Centre Ipoh, Celcom Centre Kuantan, Blue Cube Suria Mall KK, dan Blue Cube Tun Jugah Kuching, akan turut mengadakan pelbagai pertandingan, pemberian baucar tukar beli, serta diskaun ke atas aksesori-aksesori peranti. Cawangan-cawangan juga ini akan dilanjutkan masa operasi sehingga 10 malam.

Jangan terlepas untuk mendapatkan peranti idaman dalam kempen 3 hari Blue Cube Weekend ini, pada hujung minggu ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celcom.com.my.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: