Nikmati Strim Muzik Tanpa Had percuma dengan Music Onz di U Mobile

Melihat pada kejayaan Video-Onz, ciri penstriman video tanpa had yang telah dilancarkan tahun ini, U Mobile terus meluaskan cakupan penstriman Onz percuma mereka. Kali ini mereka perkenalkan pula penstriman muzik tanpa had, Music-Onz. Lebih baik lagi, pelanggan diberikan kuota strim Muzik tanpa had, tidak kiralah sama ada mereka menggunakan prabayar mahupun pasca bayar.

Sebanyak 12 platform penstriman audio disokong oleh Music-Onz iaitu:

  1. Spotify
  2. JOOX
  3. Tidal
  4. KKBOX
  5. Hitz.fm
  6. MY FM
  7. ERA fm
  8. BFM 89.9
  9. Fly FM
  10. Hot FM
  11. One FM
  12. Kool FM

u-mobile-music-onz-12-platform-lagu

Perlu diingatkan bahawa kuota ini hanya boleh digunakan untuk menstrim muzik semasa berada di dalam negara. Semasa di luar negara, perkhidmatan perayauan tidak menyediakan data khas untuk menstrim daripada mana-mana perkhidmatan penstriman.

Selain itu, Music-Onz juga tidak meliputi bayaran untuk melanggan perkhidmatan seperti Spotify. Maka, pengguna masih perlu membayar yuran langganan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

pelan-prabayar-dan-pascabayar-dapat-u-mobile-music-onz-percuma

Tiada proses pendaftaran diperlukan untuk menggunakan Music-Onz, pengguna hanya perlu memiliki akaun pascabayar U Mobile yang aktif. Pengguna prabayar pula boleh menggunakan Music-Onz dengan melanggan pelan internet UMI atau MB mereka.

Semua pelan prabayar U Mobile dapat menggunakan perkhimatan Music-Onz percuma, kecuali pelan MB2. Seperkara lagi, talian tambahan tidak dapat menikmati Music-Onz, ia hanya untuk talian utama sahaja.

Sila periksa aplikasi My U Mobile anda untuk mengetahui anda layak menerima kuota Music-Onz atau tidak. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web Music-Onz U Mobile.

music-onz-terdapat-di-aplikasi-myumobile

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: