Mi Note 2 dan Mi MIX ditemui dijual di Malaysia

Tak sampai sebulan pun telefon pintar baru Xiaomi yang hebat, Mi Note 2 dan Mi MIX dilancarkan di China. Kini ia boleh dibeli di Malaysia, tetapi bukan set rasmi. Sebaliknya ia dijual oleh pengedar set import seperti di DirectD.

Mi Note 2 menggantikan kedudukan Mi Note sebagai phablet terhebat Xiaomi. Skrinnya berukuran 5.7-inci dengan dwi-sisi melengkung serta paparan HD Penuh 1920×1080. Ia digerakkan kuasa pemproses terbaik dari Qualcomm, cip Snapdragon 821 bersama pilihan 4GB RAM dan 64GB storan, atau 6GB RAM dan 128GB storan.

pelancaran-mi-note-2-hitam-seramik-dan-perak-depan

Baterinya berkapasiti 4,070mAh dan boleh dicas menggunakan sambungan USB-C, serta turut menyokong pengecas pantas Qualcomm Quick Charge 3.0. Kameranya menggunakan sensor Sony IMX318 22.56MP di belakang, dan 8MP di depan.

DirectD menjual Mi Note 2 pada harga RM2,399 (4GB/64GB) dan RM2,799 (6GB/128GB). Hanya warna hitam dijual di DirectD. Ia boleh didapati di sini.

pelancaran-mi-note-2-perak-dan-hitam-belakang-di-tangan

Manakala telefon pintar konsep pertama Xiaomi, Mi MIX turut terdapat di DirectD dengan harga jualan RM3,699. Ia memiliki skrin tanpa bezel berukuran 6.4-inci HD Penuh, di dalam badan diperbuat dari seramik.

Kuasa pemprosesnya digerakkan cip Snapdragon 821 bersama 4GB RAM dan 128GB storan dalaman. Baterinya berkapasiti 4,400mAh dan menggunakan kamera 16MP di belakang serta 5MP di depan.

Salah satu perkara ‘konsep’ di dalam Mi MIX adalah ketiadaan lubang pembesar suara, serta kamera depan yang terletak di bawah telefon. Jika berminat untuk membeli, bolehlah melawat laman web DirectD di sini.

pelancaran-mi-mix-hitam-emas-depan-di-tangan pelancaran-mi-mix-kamera-depan-di-bawah pelancaran-mi-mix-kamera-belakang-hitam-emas

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: