Huawei Mate 9 tiba mengejut di Malaysia

Baru sahaja dilancarkan awal bulan ini di Munich, phablet terhebat Huawei akan tiba di Malaysia minggu depan. Huawei Mate 9 akan mula dibuka tempahan esok, dan mula dijual di Malaysia pada 22 November 2016.

Malaysia merupakan salah satu negara terawal menerima Huawei Mate 9. Ia akan dijual pada harga yang nampaknya agak menarik, RM2,699 sahaja. Dua warna Huawei Mate 9 akan boleh dibeli dari pengedar sah Huawei di Malaysia iaitu Champange Gold dan Mocha Brown.

huawei-mate-9-mocha-brown-belakang-depan-sengetHuawei Mate 9 Mocha Brown

Tempahan Huawei Mate 9 di Malaysia akan bermula pada 15 November 2016, secara eksklusif di laman web Lazada Malaysia danĀ Vmall.my. Lebih baik lagi, 10 tempahan terawal akan menerima papankekunci Bluetooth bernilai RM499 secara percuma.

Selain dari spesifikasi yang hebat, pembeli Huawei Mate 9 akan menerima servis lepas jualan premium, iaitu:

  1. Jaminan gantian satu-ke-satu selama 12 bulan
  2. Servis pengambilan dan penghantaran percuma
  3. Jaminan skrin LCD selama 3-bulan – satu kali sahaja
  4. Dua kali servis pembersihan dalam tempoh jaminan 12 bulanan
  5. Talian pelanggan dedikasi VIP

Huawei Mate 9 merupakan telefon pintar Huawei kedua dilengkapi kamera yang diiktiraf Leica. Ia menggunakan sensor berbeza kali ini, menggabungkan lensa RGB 12MP f/2.2 bersama sensor monokrom 20MP f/2.2. Kamera ini juga kini dilengkapi penstabil imej optikal (OIS), serta autofokus hibrid 4-dalam-1 iaitu lazer, pengesanan fasa, kedalaman dan kontras. Kamera depan tidak kurang hebatnya, 8MP f/1.9 dengan autofokus.

huawei-mate-9-champagne-gold-kamera-belakang-leica

Prestasi hebat Huawei Mate 9 dijana oleh kuasa pemproses Kirin 960, bergandingan dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Slot mikroSD di slot kedua kad sim, sedia menerima sehingga 256GB storan tambahan.

Skrin Huawei Mate 9 sedikit kecil dari sebelum ini, berukuran 5.9-inci tetapi mengekalkan resolusi HD Penuh 1920×1080. Ia dibekalkan bateri 4,000mAh, kini dilengkapi pengecas SuperCharge, teknologi terbaru ciptaan Huawei. Melalui sambungan USB-C, Mate 9 dicas dengan kuasa 4.5V sehingga 5A. Huawei menyatakan Mate 9 mampu bertahan untuk penggunaan biasa sehingga 2 hari.

huawei-mate-9-champagne-gold-supercharge

Pengimbas capjari diletakkan di belakang Mate 9. Ia menjalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat dilapisi antaramuka EMUI 5.0, yang direka untuk berfungsi lebih efisyen. Lebih 50% fungsi boleh dicapai semudah dua klik, dengan selebihnya dalam tiga klik.

Jika anda berminat memiliki Huawei Mate 9, jangan terlambat untuk membuat tempahan esok, 15 November di laman web Lazada Malaysia atau Vmall.my. Jualan di seluruh Malaysia akan bermula pada 22 November 2016.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: