Huawei Mate 9 Pro dan Mate 9 Porsche akan dijual di Malaysia?

Huawei Malaysia akan memulakan jualan Huawei Mate 9 pada esok hari, 22 November 2016. Pra-tempahan telah dibuat sejak minggu lepas, dan ia akan boleh mula dilihat berada di stor Huawei menjelang esok.

Dalam pada itu, timbul pula desas-desus tentang ketibaan versi Mate 9 yang lebih hebat lagi, iaitu Mate 9 Pro dan Mate 9 Porsche Design. Ia berdasarkan satu maklumat dari laman web MDroid.

Dalam satu gambar yang dipamerkan MDroid, ia menyatakan telefon pintar Huawei Mate 9 Pro dan Mate 9 Porsche Design akan mula dijual di Malaysia pada 22 Disember 2016, sebulan dari sekarang. Tidak dinyatakan pula dari mana gambar ini diambil, tetapi berkemungkinan dalam satu majlis bersama pengedar.

harga-huawei-mate-9-pro-dan-porsche-design-terbocor-di-malaysia

Dalam gambar tersebut, harga Mate 9 yang lebih berkuasa ini adalah seperti berikut:

  • Mate 9 Pro (4GB/64GB) – RM3,199
  • Mate 9 Pro (6GB/128GB) – RM3,399
  • Mate 9 Porsche Design (6GB/256GB) – RM6,999

Untuk perbandingan, Huawei Mate 9 edisi biasa dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman dijual pada harga RM2,699.

huawei-mate-9-porsche-hitam-dan-mate-9-pro-emas-depan-belakangHuawei Mate 9 Porsche Design (kiri) & Huawei Mate 9 Pro (kanan)

Huawei Mate 9 Pro dan Porsche Design memiliki rekaan yang berbeza dari Mate 9. Kedua-dua telefon yang lebih mahal ini memiliki skrin 5.5-inci dengan kedua-dua sisi skrin melengkung, paparan AMOLED serta resolusi Quad HD yang lebih tinggi dan tajam. Ia juga meletakkan pengimbas capjari di hadapan, berbeza dengan Mate 9 yang mempunyai pengimbas capjari di belakang.

Tetapi ketiga-tiga model Huawei Mate 9 ini dikuasakan pemproses Huawei terbaru yang sama, Kirin 960 8-teras serta kamera dwi-lensa yang diiktiraf Leica, gabungan sensor monokrom 20MP dan sensor warna 12MP. Ia juga menggunakan bateri 4,000mAh bersama pengecas pantas Huawei SuperCharge.

Adakah anda akan menunggu ketibaan Mate 9 Pro atau Mate 9 Porsche Design ini? Jika tidak, dapatkan sahaja Huawei Mate 9 yang akan dijual bermula esok, dengan harga yang agak berbaloi harga bersama perkakas terbaru berkuasa tinggi di dalamnya.

[SUMBER: Mdroid]

%d bloggers like this: