Hidup lebih ceria dengan data terbesar di Malaysia

[Data terbesar di Malaysia ini dibawakan kepada anda oleh Celcom FIRST]

Pasca bayar Celcom FIRST datang lagi, tetapi kali ini ia membawakan tawaran yang tidak pernah diberikan oleh mana-mana syarikat telekomunikasi sebelum ini. Tiga jenis perasa pasca bayar Celcom FIRST kini boleh dinikmati rakyat Malaysia, iaitu FIRST Gold, FIRST Gold Plus dan FIRST Platinum.

Ketiga-tiga pelan Celcom FIRST ini memberikan panggilan tanpa had ke semua talian , di samping permesejan sosial WhatsApp dan Wechat juga tanpa had. Menambah lagi rasa nyaman dan segar di dalam pakej ini, adalah memainkan lagu tanpa had menerusi Yonder Music.

celcom-first-panggilan-mesej-lagu-tanpa-had

Dengan tawaran terbaru terhebat ini, pelanggan FIRST Gold akan menerima 10GB Internet bulanan dengan tambahan 10GB lagi data hujung minggu, dengan komitmen hanya RM80 sebulan. Pelan baru FIRST Gold Plus pula memberikan penggunanya 20GB data bulanan dan 20GB lagi data tambahan Sabtu dan Ahad, dengan komitmen yang di luar jangkaan RM98 sahaja sebulan.

Bagi yang perlukan lebih banyak data, Celcom kali ini mengepam FIRST Platinum dengan lebih banyak data buat penggunanya, iaitu sebanyak 30GB data bulanan bersama 30GB data hujung minggu. FIRST Platinum turut boleh menghantar SMS tanpa had, sebanyak mana yang diingini. Semua ini hanya memerlukan langganan RM150 sebulan.

celcom-first-gold-rm80-gold-plus-rm98-platinum-rm150

Tetapi bukan ini sahaja perkara terbaik dengan pelan baru Celcom FIRST. Satu tawaran baru turut diperkenalkan kali ini, yang diberi nama AnydayGB. Dengan hanya tambahan RM10 sebulan, AnydayGB akan membolehkan anda menggunakan semua data hujung minggu anda pada bila-bila hari.

Bermakna, FIRST Gold boleh mendapat 20GB data sebulan dengan komitmen RM90 sebulan, manakala FIRST Gold Plus menerima 40GB data sebulan hanya RM108 sebulan. Dengan FIRST Platinum, sebanyak 60GB data sebulan boleh dinikmati dengan kadar RM160 sahaja sebulan. Pilihan ini terletak di tangan anda, samada mahu menikmati data hujung minggu, atau pergunakannya pada bila-bila hari dengan AnydayGB.

celcom-first-anydaygb

Bagi pengguna Celcom FIRST sedia ada yang telah melanggan sebelum 28 Oktober 2016, anda akan menerima naik taraf ini secara percuma dari 1 November, tidak perlu sebarang pengaktifan. Tetapi untuk yang belum melanggan, anda harus segera mendaftar kerana tawaran hebat sebegini sukar untuk ditemui.

Belum pernah data sebanyak ini diberikan kepada pengguna dengan harga yang sukar ditandingi. Apatah lagi, ia disertakan bersama panggilan tanpa had, permesejan sosial tanpa had, serta menstrim lagu tanpa had, hanya dengan pelan pasca bayar Celcom FIRST. Semua ini diperteguhkan lagi dengan liputan rangkaian 4G Celcom yang makin meluas di Malaysia.

Segera ke cawangan Celcom BlueCube berdekatan untuk mula mendaftar. Layari juga lamanweb www.celcom.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: