Dua tahun jaminan untuk Neffos Y5

Neffos, jenama telefon pintar di bawah TP-Link, mengorak langkah baru dalam hala tuju telefon pintar mampu milik di Malaysia. Model terbaru mereka, Neffos Y5 didatangkan dengan jaminan selama dua tahun, sesuatu yang sukar ditemui masakini.

Skrin Neffos Y5 berukuran 5-inci dengan resolusi HD 1280×720, dibekalkan bersama bateri berkapasiti 2,130mAh. Ia menyokong dua sim 4G LTE yang aktif sepanjang masa.

neffos-y5-hitam-depan-belakang-sisi

Kuasa Neffos Y5 dihasilkan oleh cip pemproses Qualcomm Snadragon 210, bersama 2GB RAM dan 16GB storan. Ia turut boleh menampung kad mikroSD sehingga 32GB. Sistem operasi pula digerakkan oleh Android 6.0 Marshmallow.

Ruangan kamera Neffos Y5 diuruskan oleh sensor 8MP di belakang, lengkap bersama autofokus dan LED Flash. Manakala kamera depan untuk berselfie pula 2MP.

Neffos Y5 akan dijual dalam dua warna, Hitam dan Putih. Harga jualan rasminya di Malaysia ialah RM449, dengan jaminan selama dua tahun. Neffos juga menyediakan penggantian 1-ke-1 dalam masa 3 bulan dari tarikh pembelian. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Neffos Y5.

neffos-y5-hitam-putih-depan

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: