Cari Yes Man dan menang wang tunai setiap hari

Yes, salah satu penyedia rangkaian 4G di Malaysia telah melancarkan kempen mencari Yes Man. Peraduan “Find The Yes Man” ini menyediakan hadiah wang tunai harian berjumlah RM50,000. Pertandingan ini bermula dari 13 November dan akan tamat pada 12 Disember 2016.

Untuk menyertainya tidaklah susah. Apa yang perlu dilakukan adalah memeriksa Facebook Yes 4G setiap hari untuk mendapatkan klu berkenaan lokasi Yes Man. Orang yang pertama berjumpa Yes Man dan bertanya “Are you the Yes Man” (adakah awak Yes Man) akan memenangi wang tunai RM500 serta merta. Lebih baik lagi, jika pemenang adalah pelanggan Yes, wang tunai itu akan digandakan kepada RM1,000.

Tetapi, jika tiada siapa menjumpai Yes Man pada hari tersebut, wang tunai itu akan dibawa ke hari esoknya dan seterusnya.

cari-yes-man-untuk-menang-wang-tunai

Hadiah wang tunai harian RM500 ini diberikan sepanjang separuh masa pertama kempen, iaitu 13 November hingga 27 November. Hadiah harian ini akan digandakan ke RM1,000 pada separuh masa kedua kempen iaitu 28 November sehingga 10 Disember (atau RM2,000 untuk pelanggan Yes).

Pada hari terakhir kempen pula iaitu 11 Disember, hadiah wang tunai ditingkatkan kepada RM5,000, ataupun RM10,000 buat pelanggan Yes.

cari-yes-man-untuk-menang-wang-tunai-dilancar-ceo-wing-k-leeKetua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata, Yes sentiasa mahu meningkatkan kualiti kehidupan di Malaysia. Peraduan mencari Yes Man memberi peluang unik kepada Yes untuk mendekati bukan sahaja pelanggan, tetapi semua orang di Malaysia. Ia juga satu cara Yes mengucapkan terima kasih kepada Malaysia di samping menyambut tahun ke-6 perkhidmatan.

Kempen mencari Yes Man ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pemenang harian akan diumumkan menerusi Facebook Yes 4G pada hari yang sama. Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, layari laman web www.yes.my/FindTheYesMan atau pergi ke Stor Yes berhampiran.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: