Bonus berganda Pokemon GO selama seminggu

Adakah anda tergolong dalam mereka yang masih aktif bermain Pokemon GO di Malaysia? Jika ya, berita ini sangat penting. Niantic mahu berterima kasih kepada semua pemain Pokemon GO dengan memberikan bonus berganda bermula esok.

Bermula dari 23 November jam 00:00 UTC, ataupun jam 8 pagi waktu Malaysia hari yang sama, pemain Pokemon GO akan menerima XP dan Stardust berganda untuk setiap aksi di dalam permainan. Tawaran berganda ini akan berlangsung selama 7 hari, dan berakhir pada 30 November jam 00:00 UTC, atau jam 8 pagi waktu Malaysia.

Ini bukanlah pertama kali Niantic memberi tawaran istimewa di dalam permainan Pokemon GO. Sebelum ini sempena Hari Halloween, pemain Pokemon GO boleh mengumpul Candy dengan pantas kerana hadnya direndahkan.

Jika anda sudah lama meninggalkan Pokemon GO, mungkin ini masa terbaik untuk menaikkan tahap Pokemon GO anda. Tidak perlu lagi menggunakan Lucky Eggs untuk menerima XP berganda untuk waktu terhad. Jadi gunakan masa ini sebaiknya.

Inilah peluang keemasan untuk menjadi yang terhebat, yang tak pernah sesiapa capai sebelum ini. *Pusing topi ke belakang*

[SUMBER: Niantic, TheHypedGeek]

Kat mana nak cari Pikachu banyak macam ni?

Bas KL HOP ON HOP OFF Digi JomPokemon - 4 pikachu pun ada

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: