Tukar Galaxy Note7 atau dapatkan tunai kembali

Samsung Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan, yang dilihat sebagai usaha terakhir mereka untuk menyelesaikan masalah Galaxy Note7‎ yang tidak berpenghujung. Tukar ke peranti lain, atau dapatkan semula wang tunai.

Kepada mereka yang telah memiliki telefon pintar Samsung Galaxy Note7 di Malaysia menerusi pra-tempahan awal, mereka ‎boleh mendapatkan kembali wang tunai penuh, ataupun ditukarkan kepada telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge.

Dalam kenyataan Samsung Malaysia lagi, pemilik Galaxy Note7 akan dihubungi oleh Pusat Khidmat Pelanggan Samsung untuk maklumat lanjut, urusan pertukaran atau pengembalian wang tunai ini.

Jika terdapat persoalan atau lain-lain pertanyaan, hubungi Samsung Malaysia Careline di talian 1-800-88-7799.‎

kenyataan-samsung-malaysia-tentang-refund-atau-tukar-galaxy-note7

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: