Teknologi pengecaman pertuturan Microsoft mirip manusia berbicara

Dengar cerita, pengkaji di Microsoft baru-baru ini menerbitkan laporan mengenai teknologi pengecaman pertuturan (speech recognition) yang boleh membuat transkrip berdasarkan ucapan, hampir sama tepat dengan transkrip yang dibuat oleh manusia.

Bayangkanlah, anda di dewan kuliah, mengantuk gila. Cuma aktifkan saja teknologi ini dan anda akan terus dapat nota bertaip! Balik, tinggal cetak saja terus boleh dibaca dan mengulangkaji (terpulang kepada budi bicara dan tahap intelek). Seronok kan?

Teknologi ciptaan Microsoft ini dikesan melakukan kesilapan cuma 5.9 peratus, lebih kurang sama saja jika manusia yang melakukan transkrip bagi ucapan yang sama. OK lah tu, boleh semak dengan kawan-kawan yang memang rajin menulis nota dalam kelas tu.

Yang sedikit sukar untuk ditranskrip oleh teknologi ini ialah bunyi batuk atau bila seseorang itu tergagap.

hey-cortana-windows-10-02

Dengar cerita lagi, teknologi ini bakal digunakan dalam Cortana, pembantu peribadi suara untuk Windows dan Xbox One. Pengkaji juga mahu membaiki lagi kecekapan teknologi ini hingga ia boleh mengenal pasti pertuturan dalam suasana bising dan hingar-bingar.

[SUMBER: Blog Microsoft]

%d bloggers like this: