Selepas Galaxy Note7, Kini Giliran iPhone 7 Terbakar

7 hari dalam seminggu, 7 warna pelangi, 7 nota dalam skal muzik, 7 benua, 7 lautan dan banyak lagi. 7 dikaitkan dengan nombor bertuah. Tetapi lain ceritanya dalam dunia telefon pintar. Selepas bencana yang menimpa Samsung Galaxy Note7, iPhone 7 pula seperti menerima tempias badi tersebut. Sebuah iPhone 7 dilaporkan terbakar d di Australia.

161021-iphone-7-terbakar-03

Iphone 7 milik seorang pengajar dalam sukan luncur terbakar dan seterusnya merebak di dalam keretanya. Mat Jones, mangsa menyatakan dia pergi ke tepi pantai dan meninggalkan telefonnya di dalam kereta. Selepas beberapa ketika, dia menyedari bahagian dalam kereta diselubungi asap tebal.

Dia bergegas ke kereta untuk membuka kereta dan mendapati bahagian dalam keretanya telah hangus. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

161021-iphone-7-terbakar-02

Apple sudahpun dimaklumkan tentang kejadian ini dan masih meyiasat.

[sumber, melalui]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: