Mimpi Ngeri Samsung Berlanjutan, Jualan Dan Program Tukar Ganti Dihentikan

Samsung Global hari ini menerbitkan satu pengumuman melalui laman berita mereka berkaitan masalah Galaxy Note7. Terkini, mereka sudah telah meminta semua pengedar dan penjual di seluruh dunia untuk menghentikan pengedaran dan penjualan peranti Galaxy Note7 sehingga siasatan selesai.

Masalah telefon ini bermula pada awal September yang lalu apabila seorang pengguna Galaxy Note7 di Amerika Syarikat kenderaannya terbakar kerana telefonnya menjadi terlalu panas dan meletup. Kemudian beberapa lagi kes berlaku, kebanyakannya di Amerika Syarikat, mujurlah di negara kita Samsung Galaxy Note7 tiba agak lewat dan proses memanggil semula tidaklah menjerihkan seperti di negara-negara lain.

Petikan terbitan Samsung Global:

Kami sedang berkerjasama dengan pihak yang berkenaan dalam masalah Galaxy Note7 ini. Oleh sebab kami meletakkan faktor keselamatan pengguna kami pada tahap yang tertinggi, Samsung memohon rakan pengedar dan penjual di seluruh dunia untuk menghentikan jualan dan program tukar ganti Galaxy Note7 sepanjang tempoh siasatan.

.

Setinggi-tinggi komitmen kami terapkan untuk bekerjasama dengan pihak berkaitan supaya langkah-langkah sewajarnya diambil bagi merungkaikan masalah ini. Pengguna yang memiliki, sama ada Galaxy Note7 yang asal mahu pun model yang sudah diganti diminta untuk memadam dan berhenti menggunakan peranti tersebut. Mereka juga dinasihati untuk mengambil manfaat daripada program pemulihan yang ditawarkan.

Galaxy Note7 dilancar di New York - belakang tulis S-Pen

Samsung Galaxy Note7 dilancarkan pada 2 Ogos yang lalu. Jika tidak kerana masalah ini, Galaxy Note7 mungkin adalah sebuah phablet teragung dalam kelasnya. Tetapi apakan daya, nasih tidak menyebelahi telefon ini.

Jika anda seorang yang bertuah untuk menerima Galaxy Note7 semasa tempoh tempahannya, anda dinasihatkan untuk memadamkan telefon anda dan meghubungi pihak Samsung Malaysia di 1-800-88-779 untuk tindakan selanjutnya.

[sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: