Mi 5s dan Mi 5s Plus versi tidak rasmi boleh dibeli di Malaysia

Beberapa minggu lepas, Xiaomi melancarkan versi kemaskini Mi 5s dan Mi 5s Plus di China. Kini, ia boleh dibeli di Malaysia secara tidak rasmi. Pengedar telefon import seperti DirectD, kelihatan telah mula menjual set import (AP) Mi 5s dan Mi 5s Plus.

Lebih menarik, harga Mi 5s ini lebih murah dari harga set rasmi Mi 5 di Malaysia.

Mi 5s

mi-5s-merah-jambu-belakang-depan-putih

Telefon terbaru Xiaomi ini mengekalkan skrin HD Penuh berukuran 5.15-inci. Ia menjalankan pemproses lebih baharu, Snapdragon 821 bersama pilihan 3GB RAM & 64GB storan, atau 4GB & 128GB storan.

Mi 5s dilengkapi sensor kamera lebih baharu jua, Sony IMX378 1/2.3″ yang merakam 12MP f/2.0 di belakang. Selfie pula menggunakan sensor Ultrapixel 4MP f/2.0. Bateri diperbesarkan ke 3,200mAh dan dicas menggunakan USB-C yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Walaupun hanya ditambah ‘s’ pada namanya, ia memiliki rupa bentuk berbeza kerana menggunakan badan besi sepenuhnya, berbanding kaca di belakang Mi 5. Tetapi pengimbas capjari masih kekal di depan.

mi-5s-kelabu-belakang-depan-putih

DirectD di lamanwebnya menjual Mi 5s dengan 3GB RAM & 64GB storan pada harga RM1,499 termasuk GST. Manakala model 4GB RAM & 128GB pula berharga RM1,799. Kedua-dua model ini hanya terdapat dalam warna Perak sahaja.

Mi 5s Plus

mi-5s-plus-emas-belakang-depan-putih

Model baru ini memiliki skrin lebih besar seperti namanya, sebesar 5.7-inci dengan resolusi HD penuh. Ia memiliki kuasa pemproses yang sama, Snapdragon 821 tetapi dengan pilihan 4GB RAM & 64GB storan, atau 6GB RAM dan 128GB storan.

Mi 5s Plus juga adalah telefon yang berbeza dari Mi 5s. Badannya diperbuat dari besi sepenuhnya, dengan pengimbas capjarinya diletak di belakang.

Satu lagi perkara berbeza adalah kamera belakangnya. Ia memiliki dua lensa 13MP dengan konfigurasi seperti Huawei P9. Satu lensa merakam gambar monokrom dan satu lagi gambar berwarna. Kamera selfie pula menggunakan sensor Ultrapixel 4MP f/2.0.

Kapasiti baterinya juga lebih besar, 3,800mAh yang mengecas melalui USB-C dan menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Mi 5s dijual di lamanweb DirectD dengan harga RM1,799 untuk versi 4GB RAM & 64GB storan. Manakal versi 6GB RAM & 128GB storan pula berharga RM1,999. Ia hanya boleh didapati dalam warna Emas. Stok dikatakan terhad, jadi lekas dapatkannya sebelum kehabisan.

mi-5s-plus-emas-belakang-depan-sisi-putih

[SUMBER]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: