Menang Wang Tunai Dengan Hanya Menjawab Soalan Secara Dalam Talian

Jabatan Penerangan Malaysia menyeru remaja yang berusia antara 15-19 tahun untuk menyertai satu pertandingan kuiz yang unik bersempena pelancaran program Caring Bridge anjuran mereka. Dalam pertandingan ini, peserta berpeluang beroleh hadiah tunai sehingga RM500 dengan hanya menjawab 30 soalan dalam masa 30 minit secara dalam talian.

Lebih menarik lagi setiap menengan di pusingan akhir akan membawa pulang hadiah iringan berupa sebuah telefon bimbit 4G setiap seorang. Pertandingan ini terbahagi kepada dua tahap. Tahap yang pertama akan diadakan secara dalam talian. Peserta dikehendaki menjawab 30 soalan dalam masa 30 minit. Sebarang peranti pintar yang boleh mengakses Internet boleh digunakan untuk menyertai. Bermula 11 Oktober hinggalah 12 Oktober 2016, 5:00 petang, satu portal khas akan diaktifkan untuk menerima pendaftaran.

Selepas itu, sebelum 14 Oktober, peserta yang berjaya mendaftarkan diri akan menerima satu pautan khas pada alamat e-mel mereka yang menghalakan mereka ke portal yang mengandungi soalan kuiz. Kuiz akan bermula pada 10 pagi dan tamat pada 10:30 pagi, 14 Oktober.

161010-pertandingan-kuiz-jabatan-penerangan

Enam peserta daripada kuiz tahap pertama akan disaring daripada semua peserta berdasarkan jawapan yang betul dan masa yang terpantas. Peserta yang berjaya akan dihubungi pihak urus setia. Kemudian, mereka perlu menghadirkan diri di Padang Awam Kg. Raja, Cameron Highlands pada 23 Oktober 2016, 9:30 pagi, untuk meneruskan cabaran dalam pusingan akhir. Tiga peringkat saringan akan dilangsungkan untuk mencari dua peserta terbaik yang akhirnya akan berentap sesama sendiri merebut kejuaraan.

Program Caring Bridge adalah satu program yang berobjektifkan membawa perkhidmatan yang sukar didapati terus kepada penduduk setempat. Ia mensasarkan kawasan-kawasan luar bandar, perkampungan, dan perumahan kos rendah yang sukar mendapatkan akses terhadap perkhidmatan tertentu.

Antara agensi yang akan membuka reruai mereka pada program tersebut adalah Telco Mini Center (TMC), MOSTI, Celcom, Hospital Slim River, SPR, JPN, JobsMalaysia dan Jabatan Kesihatan Daerah. Ia akan dirasmikan oleh YB Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Maklumat lanjut boleh dirujuk di pautan ini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia