Krisis Galaxy Note7 gugat ekonomi Korea Selatan

Aduhai Samsung Galaxy Note 7, kedatangan ditunggu namun diiringi krisis pula. Nak tahu sejauh mana kesan perihal Samsung Galaxy Note 7?

Mengikut kenyataan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Korea Selatan mengenai krisis produk itu, eksport negara itu akan terjejas jika Galaxy Note 7 ditarik keluar daripada pasaran sepenuhnya.

model-samsung-galaxy-note7-emas-dan-s-pen-di-atas

“Buat masa ini kita tidak dapat mengagak kesannya dalam jangka masa panjang. Terpulanglah kepada syarikat dan kerajaan tidak boleh campur tangan,” kata Yoo Il-Ho, Menteri Kewangan Korea Selatan kepada media.

“Namun jika syarikat membuat keputusan untuk menarik semula model itu, ia akan memberi kesan negatif kepada eksport.”

Menurut laporan Reuters lagi, Samsung Electronics telah pun menghentikan jualan Galaxy Note7 hari ini dan mengingatkan pemilik model telefon pintar itu, untuk berhenti mengunakannya sementara siasatan mengenai kes kepanasan melampau melibatkan model itu dijalankan.

[SUMBER]

%d bloggers like this: