Ini Langkah Menukar Galaxy Note7 di luar negara

Pengeluaran dan penjualan Galaxy Note7 telah dihentikan. Pengguna pula diminta memulangkan Galaxy Note7 mereka untuk ditukarkan kepada wang tunai atau Galaxy S7 edge. Tetapi terdapat masalah timbul apabila syarikat penerbangan melarang terus Galaxy Note7 dari dibawa masuk ke dalam kapal terbang.

Untuk mengatasi masalah ini, Samsung telah menyediakan penyelesaian bagi mereka yang mahu ke luar negara, atau dari luar negara mahu pulang ke negara asal. Ia boleh dirujuk dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan di lamanweb Samsung Malaysia.

Langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

Pengguna Galaxy Note7 di KLIA/KLIA2

Galaxy Note7 telah dilarang dari dibawa naik ke kapalterbang. Apa yang perlu anda lakukan adalah:

1. Salin semua data dari dalam Galaxy Note7, maklumat lanjut di Samsung Smart Switch.

2. Pergi ke gerai Samsung Galaxy Note7 yang terletak di:
KLIA: Level 5, Main Terminal (sebelah kaunter tiket Emirates)
KLIA2: Mezzanine Level, Departure Hall, Sector 2

3. Pulangkan Galaxy Note7. Data peranti akan dipadamkan dan direset.

4. Untuk pelanggan yang membuat tempahan di Malaysia, sila lengkapkan proses pertukaran ke Galaxy S7 edge atau pemulangan wang tunai. Langkah sepenuhnya di sini.

5. Bagi pelanggan luar negara, sediakan pasport dan tiket penerbangan untuk pengesahan. Petugas di gerai Samsung akan memberi resit rasmi Galaxy Note7 untuk mengesahkan penerimaan Galaxy Note7 anda. Sila hubungi Pusat Servis Samsung di tempat yang ingin dituju untuk proses pertukaran atau pemulangan wang tunai.

Jika anda perlukan peranti sementara, Samsung turut menyediakan peranti untuk dipinjam di KLIA/KLIA2. Pergi sahaja ke gerai Samsung Galaxy Note7 di alamat di bawah dan pohon peranti pinjaman.
KLIA: Level 5, Main Terminal (sebelah kaunter tiket Emirates)
KLIA2: Mezzanine Level, Departure Hall, Sector 2

1. Sediakan pasport dan tiket penerbangan untuk pengesahan.

2. Isi borang Galaxy Note7 dan peranti pinjaman akan diberikan (tertakluk pada persediaan)

3. Apabila pulang ke Malaysia/negara asal, sila pergi ke Pusat Servis Samsung berhampiran dan pulangkan peranti pinjaman bersama resit pinjaman.

Apa pula boleh dilakukan jika anda dan Galaxy Note7 sudah berada di luar negara dan mahu pulang ke Malaysia? Untuk ini, sila hubungi Pusat Servis Samsung di lokasi anda berada untuk proses pertukaran atau pemulangan wang tunai.

[SUMBER: Samsung Malaysia]

selamat-tinggal-samsung-galaxy-note7-jumpa-lagi

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: