Huawei Nova Plus dan MediaPad M3 selamat tiba di Malaysia

Dua produk baru Huawei kini telah dijual di Malaysia. Tablet Huawei MediaPad M3 dan telefon pintar Huawei Nova Plus, tiba di Malaysia selepas diperkenalkan buat pertama kali di pameran IFA 2016 di Berlin, Jeraman September lepas.

Huawei Nova Plus

huawei-nova-plus-atas-bawah-kelabu

Sewaktu dilancarkan di IFA, ia diperkenalkan bersama adiknya Huawei Nova. Tetapi di Malaysia tidak pula kelihatan Huawei Nova yang memiliki skrin 5.0-inci. Huawei Nova Plus yang dijual di Malaysia ini memiliki skrin HD Penuh berukuran 5.5-inci, dengan lengkung 2.5D di sisi. Badan Nova Plus diperbuat dari besi seluruhnya.

Kuasa Nova Plus digerakkan oleh pemproses Snapdragon 625, bersama 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Ia meyokong dua kad sim 4G yang berkongsi slot bersama kad memori mikroSD.

Kameranya menggunakan sensor 16MP di belakang, diperkasa penstabil imej optikal (OIS). Kamera depan pula 8MP. Ia turut memiliki pengimbas capjari yang terletak di belakang.

Nova Plus dibekalkan bateri 3,340mAh yang dicas melalui post USB-C, tetapi tiada sokongan pengecasan pantas. Ia menjalankan sistem operasi Android 6.1 Marshmallow bersama antaramuka EMUI 4.1.

huawei-nova-plus-harga-rm

Harga jualan Nova Plus di Malaysia agak murah berbanding di Eropah. Dengan dua pilihan warna iaitu Kelabu dan Emas, ia boleh dimiliki pada harga RM1,499 sahaja, berbanding EUR429 (~RM1,992) di Eropah.

Huawei MediaPad M3

huawei-mediapad-m3-emas-dan-perak-belakang-depan

Tablet terbaru Huawei ini turut dilancarkan pertama kali di IFA 2016. Ia memiliki skrin QuadHD 2560×1440, berkeluasan 8.4-inci. Ia dikuasakam pemproses Kirin 950 yang bergandingan dengan 4GB RAM. Huawei Malaysia menawarkan dua storan untuk MediaPad M3, 32GB dan 64GB.

Kamera tablet ini memiliki sensor 8MP di depan, dan 8MP di belakang. Baterinya pula berkapasiti 5,100mAh yang dicas menggunakan port mikroUSB 2.0.

Tarikan utama tablet ini adalah kepada peminat hiburan. Ia memiliki pembesar suara stereo yang direka dengan kerjasama HARMAN Kardon, pakar sistem audio terkemuka dunia. Sistem audio ini diperkasa dengan cip DAC AK4376 HiFi, untuk penghasilan bunyi lebih baik dari biasa.

Huawei MediaPad M3 kini dijual di Malaysia dengan harga RM1,699 untuk storan 32GB berwarna Perak, dan RM1,999 bagi storan 64GB berwarna Emas.

huawei-mediapad-m3-harga-rm

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: