HP Deskjet Siri 3700, Pencetak Inkjet AIO Terkecil Dunia

HP hari ini melancarkan sebuah mesin cetak yang ditujukan khas untuk golongan yang mempunyai ruang terhad untuk menempatkan pencetak yang besar. Pada kelebaran hanya 40.3 cm, Deskjet siri 3700 All-in-One (AIO) adalah pencetak inkjet semua dalam satu terkecil di dunia. Selain kecil, ia juga hanya seberat 2.33 kg. Fizikalnya yang kecil memastikan ia tidak menggunakan ruang yang banyak dan berharmoni dengan perabot sekeliling.

161019-hp-deskjet-3700-01

HP Deskjet siri 3700

Pencetak ini boleh mencetak sepantas 8 ppm (B&W) atau 5.5 ppm (warna) hasil teknologi inkjet termal HP yang unik. Ia tidak memerlukan komputer untuk mencetak kerana HP ada membangunkan aplikasi telefon pintar yang boleh digunakan untuk mengawalnya seperti mencetak, menyalin, dan mengimbas. Semua kawalan dijalanskan secara wayarlaes melalui fungsi Wi-Fi Direct yang sedia terbina.

HP juga mempunyai fungsi mencetak daripada awan. HP PrintBot sentiasa bersedia untuk mencetak dokumen anda selepas anda menghantar dokumen tersebut melalui Facebook Messenger.

Katrij dakwat yang digunakan pencetak ini tidak mahal seperti yang disangka, pada harga RM35 sekotak setiap satu, pengguna boleh menghasilkan sehingga 480 cetakan hitam putih dan 150 cetakan berwarna.

Ia hadir dalam tiga warna iaitu hijau, biru, dan merah. Harga jualannya pula adalah RM379. Layari laman rasmi produk itu untuk maklumat lanjut.

161019-hp-deskjet-3700-ink

Dakwat yang digunakan pada Deskjet siri 3700

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: