Enkripsi Rangkaian menjamin lebih keselamatan buat pengguna Kaspersky

Peneraju keselamatan siber terkemuka di dunia, Kaspersky hari ini melancarkan sut keselamatan terbaru mereka di Malaysia, Kaspersky Anti Virus 2017 dan Kaspersky Internet Security 2017. Ia memberi perlindungan tambahan terhadap pelbagai ancaman siber yang kian berkembang.

Sut keselamatan terbaru Kaspersky ini melindungi pelbagai platform peranti seperti Windows, Mac dan juga Android. Ia melindungi peranti pengguna bukan sahaja dari virus, malah dari malware, pepijat, laman merbahaya, penipuan internet, kecurian data dan banyak lagi.

Dari kajiselidik yang dijalankan Kaspersky di Malaysia, majoriti rakyat Malaysia masih mempunyai kesedaran yang rendah tentang ancaman siber. Malah, Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar penggunaan peranti pintar antara tertinggi di dunia, memberi ruang lebih luas kepada penjenayah siber.

Produk terbaru Kaspersky ini menyediakan solusi yang lebih menyeluruh. Antara fungsi baru yang diterapkan ke dalam Kaspersky Internet Security 2017 adalah Secure Connection (Sambungan Terjamin) yang bertindak sebagai VPN. Pengguna juga akan sentiasa mendapat kemaskini dan perlindungan terbaharu menerusi fungsi Software Updater (Kemaskini Perisian) dan Software Cleaner (Pembersih Perisian).

kotak-hijau-kaspersky-internet-security-2017

Secure Connection merupakan satu bentuk VPN (Virtual Private Network – Rangkaian Peribadi Maya) yang mengenkripsi semua aliran keluar masuk data, bagi mengelakkan kecurian data berlaku di tengah jalan. Penggunaan VPN adalah penting untuk menjamin data peribadi dilindungi, terutama apabila berurusan dengan operasi kewangan dalam talian.

Pengguna mudah terdedah kepada ancaman jenayah siber, terutama ketika menggunakan WiFi awam. Dari kajian Kaspersky, 1 dari 5 orang menjadi mangsa jenayah siber ketika melancong atau bercuti. Ini kerana tiada langkah keselamatan diambil untuk melindungi diri ketika menggunakan Wifi awam.

Secure Connection boleh diaktifkan secara automatik, setiap kali pengguna bersambung ke Wifi awam, memastikan semua sambungan internet dilindungi. Kaspersky menyertakan 200MB kuota data enkripsi setiap hari bersama Secure Connection. Kuota enkripsi tahunan tanpa had boleh dilanggan pada harga USD13.99 (~RM58) setahun.

Salah satu cara klasik menceroboh sistem, adalah melalui lubang pepijat dalam perisian. Ia mudah menjadi sasaran, apatah lagi jika tidak dikemaskini ke versi baru yang lebih selamat. Dengan Software Updater yang datang bersama sut terbaru Kaspersky ini, ia akan mencari dan memberitahu pengguna perisian yang memerlukan kemaskini.

Fungsi Software Cleaner pula memantau sistem pengguna dari perisian merbahaya serta pemasangan perisian tanpa sedar atau kebenaran. Ia juga akan memberitahu pengguna tentang perisian yang jarang digunakan agar tindakan boleh diambil untuk membuang untuk mendapatkan lebih ruang, atau membiarkannya.

Selain fungsi-fungsi terbaru di atas, Kaspersky turut memperkukuhkan fungsi sedia ada seperti perlindungan pelbagai lapisan ketika transaksi perbankan melalui Safe Money, kawalan pemasangan perisian serta menghalang paparan iklan di dalam pelayar menerusi Anti-Banner.

Untuk meraikan pelancaran terbaru ini, Kaspersky Malaysia turut mengumumkan banyak hadiah dan cabutan bertuah untuk pembeli Kaspersky Anti Virus 2017 dan Kaspersky Internet Security 2017 di kedai. Ia kini datang dalam pek lebih nipis yang menjimatkan ruang.

Untuk pembelian produk terpilih, pengguna akan turut menerima satu lagi produk sama secara percuma. Kaspersky Malaysia turut memberikan pelindung muka percuma, di samping cabutan bertuah bulanan untuk memenangi kasut Adidas NMD dan tiket wayang.

Rujuk harga sut keselamatan terbaru Kaspersky di bawah ini:

  • Kaspersky Anti-Virus (1 Peranti): RM39.90 [Percuma lesen tambahan 1 peranti]
  • Kaspersky Anti-Virus (3 Peranti): RM119.00 [Percuma lesen tambahan 1 peranti]
  • Kaspersky Anti-Virus (5 Peranti): RM199.00

 

  • Kaspersky Internet Security (1 Peranti): RM100.00
  • Kaspersky Internet Security (3 Peranti): RM179.00 [Percuma lesen tambahan 1 peranti]
  • Kaspersky Internet Security (5 Peranti): RM249.00

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: