Dua tahun Xiaomi pecah kepala, ini telefon yang dihasilkannya

Antara impian Xiaomi yang mahu direalisasikan termasuk menjadikan telefon dengan latar belakang lutsinar menjadi kenyataan. Namun sebelum itu, syarikat China tersebut terlebih dulu mencuba inovasi baru yang merubah paparan telefon pintar sekaligus menjadikan skrin depan lebih canggih.

mi-mix

Sebelum impian tersebut menjad realiti, mereka memperkenalkan telefon konsep yang diberi nama Mi MIX. Ia memiliki 91.3% nisbah paparan dengan badan, yang paling tinggi pernah dicapai dalam sejarah telefon pintar.

Hasil penyelidikan dan pembangunan selama dua tahun, maka terhasil Mi MIX terlebih dulu yang cuba menawarkan skrin depan besar yang cantik.

Meskipun terpaksa membuang beberapa komponan utama di ruang depan atas telefon seperti peranti lain di pasaran termasuk speaker mendengar panggilan dan kamera depan, ia tidak menghalang Xiaomi menghasilkan Mi MIX yang nampak mantap dari aspek kemasan rekaan.

Walaupun memiliki skrin sebesar 6.4 inci dengan resolusi HD penuh, ia memiliki saiz keseluruhan seperti sebuah iPhone 7 kerana telefon ini hampir tiada bingkai kecuali pada sebelah bawahnya.

20161025-mi-mix-depan

Yang uniknya tentang telefon ini adalah, ia menggunakan materi seramik untuk membina badannya. Bagi mengangkat tahap premium peranti ini ke tahap yang lebih tinggi, Xiaomi meminta pertolongan seorang pereka daripada Perancis, Philippe Starck.

Telefon ini tiada speaker suara. Sebaliknya Mi MIX menggunakan teknologi gegaran akustik untuk menghantar bunyi menerusi badan seramik ke paparan dan terus ke telinga pengguna. Selain itu, kamera hadapan yang biasanya ada pada bahagian atass telefon dipindahkan ke bahagian bawah. Sensor jarak konvesional telah digantikan dengan sensor jenis ultrabunyi yang terlindung disebalik panel paparan.

20161025-mi-mix-belakang

Daripada segi spesifikasi, tidak banyak beza ia dengan Xiaomi Mi Note 2. Pada papan induknya, pengguna akan menemui cip pemproses Snapdragon 821 dengan RAM sebesar 6GB. Ruang storan yang diberikan adalah 128GB beserta bateri yang sedikit besar pada 4400mAh. Kamera belakangnya diberikan sensor sebsar 16MP dengan autofokus pengesan fasa (PDAF) manakala kamera depannya pula agak kecil iaitu pada 5MP.

Setiap peranti Mi MIX akan hadir bersama perumah kulit khas yang diterbangkan khas dari Eropah. Ia bernilai RMB299. Terdapat juga versi Mi MIX 18K yang mempunyai ruang storan seluas 256GB dan kemasan emas tulen 18K pada bahagian kamera dan pengimbas cap jari.

20161025-mi-mix-harga

Xiaomi Mi MIX akan dijual bermula 4 November ini pada harga seperti berikut:

  • Xiaomi Mi MIX, storan 128GB – RMB3,499 (RM2,149)

  • Xiaomi Mi MIX 18K, storan 256GB – RMB3,499 (RM2,456)

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: