Digi aktifkan panggilan berkualiti tinggi VoLTE di Malaysia

Seperti dijanjikan setahun yang lepas, Digi akhirnya mengaktifkan fungsi panggilan melalui LTE (Voice over LTE – VoLTE) ke dalam talian mereka. Ia kini boleh digunakan di kawasan yang mempunyai liputan Digi 4G LTE. Digi merupakan rangkaian kedua di Malaysia mengakatifkan VoLTE, selepas Yes 4G.

VoLTE menjadikan panggilan lebih jelas dan terang melalui kualiti definisi tinggi. Perkara ini boleh dilakukan melalui jalur lebar 4G yang pantas. Malah, pengguna boleh terus melayari internet semasa membuat panggilan, kerana ia menggunakan talian 4G yang sama, tidak lagi bertukar ke 2G atau 3G. Semak ujian panggilan VoLTE yang kami lakukan, di sini.

Buat masa ini, Digi menyatakan VoLTE hanya disokong oleh tujuh jenis telefon. Di mana semuanya adalah iOS iaitu iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 6, iPhone 6 Plus dan iPhone SE.

digi-aktifkan-volte-cover-iphone-disokong

Kesemua telefon ini perlu memiliki sistem operasi terkini iOS 10.1 untuk menggunakan VoLTE. Ia boleh diaktifkan melalui tetapan di bahagian ‘Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Enable 4G‘ kemudian pilih “Voice & Data“.

Tiada caj tambahan dikenakan untuk panggilan VoLTE. Pengguna tetap dikenakan caj yang sama seperti panggilan biasa. Jika anda melanggan pelan panggilan tanpa had, maka tidak perlu membayar lebih untuk panggilan, termasuk panggilan berkualiti tinggi VoLTE.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Digi VoLTE.

Infografik Digi VoLTE Okt 2015

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: