Daydream View Lengkapi Pixel Untuk Pengalaman VR Paling Menarik

Selain daripada telefon yang menyokong Daydream, teknologi VR daripada Google, mereka juga memperkenalkan Daydream View, sebuah set kepala VR yang unik. Gabungan Pixel dan Daydream View, Google hadir dengan satu gandingan VR yang mantap.

161005-google-daydream-view

Daydream View bukan seperti set kepala yang lain. Set kepala Google yang pertama adalah Cardboard. Seperti namanya, ia diperbuat daripada kadbod dan sangat rapuh. Tidak menghairankan kerana harganya pun sangat murah dan digunakan untuk memperkenalkan kandungan 360 kepada pengguna YouTube.

Set kepala yang lebih mahal pula walaupun canggih tapi amat tidak selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang, seperti menonton filem. Daydream View tidak dibangunkan hasil inspirasi teknologi, tetapi mereka mengambil intipati dunia fesyen yang mementingkan keselesaan. Jadi, Google menghasilkan Daydream View daripada bahan fabrik seperti kain mikroserat yang lembut untuk memberikan keselesaan kepada si pemakai.

161005-google-daydream-view-material

Hasilnya, set kepala Daydream View 30% lebih ringan daripada pesaingnya. Ia juga mudah digunakan. Set kepala dan telefun berjabat tangan secara wayarles menggunakan NFC, pengguna hanya perlu memasukkan set telefon pada slot yang disediakan. Satu pad pengawal didatangkan bersama-sama set kepala ini. Ia mengandungi butang kawalan dan sensor pengesan orientasi yang boleh digunakan untuk mengawal kursor semasa menggunakan Daydream View. Dengan tahap ketelitian yang tinggi, pad pengawal disimpan pada satu slot khas pada Daydream View supaya ia tidak hilang.

161005-google-daydream-view-02

Google juga berkerjasama dengan rakan-rakan pembangun mereka untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi Daydream dengan menyokong penghasilan lebih banyak kandungan VR dan 360. Antara kandungan awal adalah permainan magis yang dihasilkan dengan kerjasama penulis Harry Potter, J.K. Rowling. Fantastic Beast adalah permainan bergenre point-of-view (POV) yang memerlukan si pemain menjadi seorang ahli sihir yang memegang kayu sakti. Permainan ini menggunakan teknologi pengesanan pergerakkan yang ada pada pad pengalwal Daydream View.

Set kepala ini didatangkan dalam tiga warna iaitu snow, slate, dan crimson. Mereka akan dijual bermula November ini pada harga $ 79 (RM 327).

161005-google-fantastic-beasts

161005-google-daydream-view-warna

161005-google-daydream-view-harga

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: