Data 20GB tak cukup? Lihat apa Celcom tawarkan

Celcom Axiata Berhad atau ringkasnya Celcom Axiata, memperkenalkan tiga pelan data baru pasca bayar First termasuk Gold, Gold Plus dan Platinum yang kini menawarkan data lebih mewah.

Berbanding sebelum ini, First Gold kini memperoleh data sebanyak 20GB di mana ia menggunakan formula 10GB bagi hari biasa dan 10GB lagi pada hujung minggu dengan bayaran hanya RM80 sebulan.

Manakala First Gold Plus pua datang dengan 40GB data (20GB+20GB) pada harga RM98 sebulan.

celcom2

First Platinum memperoleh data 60GB (30GB+30GB) pada harga RM150 sebulan sekaligus menjadikannya jumlah data paling banyak di kalangan syarikat telekomunikasi lain pada harga patut.

Jumlah data bagi ketiga-tiga pelan ini meningkat dua kali berbanding pelan lama sejak First diperkenalkan.

Pelanggan pasca bayar First Gold dan Platinum sedia ada akan menerima naik taraf ini serta merta tanpa caj tambahan bermula 1 November ini.

Ketiga-tiga pelan ini diumumkan Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin di Kuala Lumpur.

“Sudah pasti ia tawaran yang baik dengan lebih banyak data untuk kegunaan pengguna,” jelas Zalman.

Beliau turut memaklumkan, aplikasi melibatkan khidmat pelanggan Celcom Axiata kini di peringkat beta dan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Sam

Bekas wartawan di New Straits Times Press yang kini sepenuh masa bersama TheSkop.com berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang teknologi

%d bloggers like this: