Aliran trafik Cyberjaya lebih pintar hasil kerjasama Cyberview dan VADS Lyfe

Aliran trafik Cyberjaya akan mejadi lebih lancar setelah Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar selesai dipasang di bandar tersebut. Penyelesaian sistem trafik pintar ini diumumkan oleh Cyberview Sdn Bhd bersama-sama dengan VADS Lyfe Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Berhad (TM), sebagai sebahagian pelan hala tuju transformasi bandar pintar bagi Cyberjaya ke arah menjadi sebuah hab teknologi global.

Melalui sistem pintar ini, masa menunggu bagi lampu isyarat trafik sepanjang Persiaran Multimedia, Cyberjaya telah berjaya dikurangkan sebanyak 65% iaitu antara 8 – 11 minit berbanding kira-kira 32 minit sebelum ini semasa waktu puncak. Sistem lampu trafik sepanjang Persiaran Multimedia adalah sejauh 3.5km dan terdiri daripada lapan (8) persimpangan lampu isyarat.

Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar ini menggunakan televisyen kamera litar tertutup (CCTV), bagi membolehkan analisis masa nyata keadaan trafik di setiap persimpangan, melalui pendekatan analisis video pengesanan. Sistem ini akan menyesuaikan tempoh masa lampu hijau secara dinamik mengikut analisis, seterusnya memastikan aliran trafik yang lebih baik sepanjang jalan berkenaan.

pelancaran-sistem-trafik-pintar-cyberjaya-imej-03

Sistem trafik pintar ini menggunakan sistem pengurusan jarak jauh, yang boleh dipantau dari Pusat Tindakan Pengurusan Trafik (Traffic Management Command Centre) yang terletak di CoInnov8, Cyberview. Ia adalah sebuah pusat kolaboratif bagi penyelesaian bandar pintar dan IoT.

VADS Lyfe, dengan kerjasama Intel, menggunakan teknologi Intel® IoT Gateway untuk menganalisis data yang disalurkan melalui CCTV berasaskan protokol internet. Analisis berkenaan membolehkan kawalan dinamik lampu isyarat bagi mengoptimumkan aliran, dan membolehkan sistem ini disesuaikan dengan keperluan dan keadaan trafik masa hadapan. Penggunaan teknologi Intel® IoT Gateway juga membolehkan data tersebut diperluaskan untuk menyokong pemantauan bandar dan membantu aktiviti perancangan bandar.

pelancaran-sistem-trafik-pintar-cyberjaya-datuk-faris-yahaya-dan-massimo-migliouloDato’ Faris Yahaya (kiri) dan Massimo Miglioulo (kanan)

Dato’ Faris Yahaya, Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd berkata, “Sistem trafik pintar yang dirasmikan hari ini merupakan sebahagian daripada pelbagai kerjasama pintar yang kami ingin laksanakan pada masa hadapan, dalam bidang infrastruktur, alam sekitar, sosial dan ekonomi di Cyberjaya. Dengan kerjasama VADS Lyfe, inovasi teknologi akan terus dipertingkatkan melalui penyelesaian pintar yang memberi manfaat kepada semua. Paling penting, bukan sahaja penduduk Cyberjaya tetapi seluruh rakyat Malaysia, menikmati penyelesaian bandar pintar terkini yang dibangunkan dan diperincikan di Cyberjaya.”

Massimo Miglioulo, Ketua Pegawai Eksekutif, VADS Lyfe pula menambah, “Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar ini merupakan satu sistem yang kos efektif bagi kawasan brownfield seperti Cyberjaya, kerana ia memanfaatkan infrastruktur TM sedia ada secara meluas. Kini, kita mampu menyesuaikan tempoh lampu hijau bagi setiap lampu isyarat secara dinamik dan menghubungkan dengan lampu isyarat yang berikutnya secara kawalan jauh. Dengan berbuat demikian, lampu isyarat bersebelahan akan menjadi lebih peka dengan persimpangan berdekatan sekaligus mengoptimumkan aliran dari satu simpang ke simpang seterusnya. Dengan aliran trafik yang lebih lancar, pengguna jalan raya di sini dapat menjimatkan masa perjalanan dan wang, menjadikan Cyberjaya sebuah bandar lebih efisien yang memperkayakan masyarakat, sejajar dengan janji jenama kami, ‘Hidup Lebih Mudah’.”

Sistem Analisis dan Pengecaman Trafik Pintar telah dibangunkan di bawah inisiatif pembangunan Bandar Pintar Cyberview dan disokong oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melalui dana Smart City Catalyst.

cyberjaya-sebagai-model-bandar-pintar-oleh-cyberview

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: