webe buka pendaftaran kepada semua hujung bulan ini

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menggunakan rangkaian terbaru di Malaysia. webe oleh TM, akan membuka pendaftarannya kepada orang ramai selepas membuka pendaftaran minat dan pendaftaran tertutup kepada pengguna TM & P1 sahaja sebelum ini.

Bermula 30 September, orang ramai boleh mendaftar talian webe dengan mudah di dalam talian. Hanya ada satu pelan webe, yang memberikan panggilan SMS dan data tanpa had yang sebenar. Pelan ini memerlukan komitmen RM199 sebulan, tetapi terdapat beberapa cara untuk mendapatkan diskaun.

webe menggunakan rangkaian LTE 850MHz (band 5), berbeza dari syarikat telekomunikasi yang lain. Kerana itu, webe menawarkan rebat RM60 sebulan jika pengguna menggunakan telefon yang menyokong LTE 850MHz. Ini menjadikan langganan bulanan kepada RM139 sahaja.

cara-mengaktifkan-kad-sim-webe

Tambahan lagi, jika anda pengguna sedia ada TM Unifi dan Streamyx, atau P1, anda boleh menerima tambahan rebat RM60 lagi. Jika ini digabungkan dengan rebat telefon LTE 850MHz, ia menjadikan jumlah rebat kepada RM120. Maka langganan bulanan webe hanyalah RM79 sahaja. Semua harga ini tidak termasuk GST.

webe cuba memberikan pengalaman digital sepenuhnya kepada pengguna, bermula dari pendaftaran dalam talian, sehingga di hantar kepada pengguna tanpa perlu keluar dari rumah. Untuk mendaftar, hanya pergi ke lamanweb www.webe.com.my dan ikuti langkah yang diberikan. Jika anda mahu mendapatkan bantuan pakar, anda boleh melawat stor webe di Sunway Pyramid, Johor dan Pulau Pinang, ataupun di mana-mana TM Point.

Perlu diambil perhatian, walaupun pelan webe ini memberikan data tanpa had, ia tidak membenarkan data ini dikongsi dengan peranti lain. Dalam kata lain, tidak boleh membuat WiFi hotspot, atau ‘tethering’. Susah juga ada data banyak tapi tak boleh berkongsi ni. Tetapi WiFi hotspot masih boleh dibuat dengan sedikit bayaran, RM6 untuk tethering selama 2 jam sahaja.

pendaftaran-kad-sim-webe-online

Bagaimanapun, webe menawarkan diskaun untuk talian tambahan. Sehingga 4 talian tambahan boleh didaftarkan dan diskaun diberi turut meningkat dari RM10 sehingga RM30. Jadi, jika talian utama perlu membayar RM79 sebulan, talian kedua hanya RM69, talian ketiga pula RM59, talian keempat RM49 dan talian kelima juga RM49.

Berkenaan liputan, webe agak berbangga kerana mereka mempunyai akses ke spektrum 850MHz, 2300MHz dan 2600MHz. Ini memberikan mereka ruang liputan lebih luas dan membekalkan lebih banyak kapasiti. webe mempunyai liputan 4G LTE sendiri, tetapi mereka tidak menyatakan secara spesifik. Di samping itu, webe turut menggunakan rangkaian 2G/3G daripada Celcom, bermakna, liputan webe agak meluas di seluruh negara.

Untuk menyemak penggunaan dan bil, webe turut menyediakan aplikasi mudahalih, yang boleh dimuat turun dari Apple Appstore dan Google Playstore.

Jika anda berminat untuk mendaftar talian webe ini, ia akan mula dibuka jam 9.30 pagi pada 30 September 2016. Dalam pendaftaran tersebut, pengguna boleh memilih nombor yang digemari. Jika bernasib baik, pengguna juga boleh mendapatkan kad sim pada hari yang sama dengan pendaftaran. Layari lamanweb webe untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Senarai telefon yang menerima diskaun RM60

senarai-telefon-webe-yang-menyokong-850mhz-untuk-diskaun-rm60

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: