Warga Bandaraya Melaka Adalah Pemandu Paling Gembira Di Malaysia

Waze Drive Satisfaction Index bagi tahun 2016 menganalisis pengalaman pemanduan jutaan pengguna aktifnya di 38 negara dan 235 bandar di seluruh dunia. Semuanya dirangkumkan dalam skor 1 (teruk) hingga 10 (baik). Sebanyak 23 pemboleh ubah diperiksa daripada keadaan trafik hinggalah kepada mood pemandu.

Hasil penyelidikan mendapati bahawa Netherlands memiliki kualiti sistem trafik tertinggi dengan indeks mencecah 7.54. Daripada 10 negara teratas, hanya Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu sahaja engara yang bukan daripada kesatuan Euro.

160915-waze-driver-rating-malaysia-ranking

Salah satu halaman daripada laporan Indeks Kepuasan Hati Pengguna Waze 2016

Mengejutkan, Singapura berada pada kedudukan sepuluh terbawah bersama-sama Indonesia dan Fillipina. Malaysia? Kita berada pada kedudukan ke-23 daripada 38.

Selain ranking negara, mereka juga ada mengeluarkan ranking mengikut bandar. 235 negara berjaya menduduki ranking ini termasuklah beberapa buah negara dari Malaysia. Bandar di Malaysia yang menduduki ranking tertinggi adalah Bandaraya Melaka yang berada ditangga 94. Daripada 9 bandar di Malaysia yang tersenarai, Kuala Lumpur berada ditempat ke-7 dalam kalangan itu diantara Kinta dan Kuantan.

Maklumat lanjut tentang indeks terbitan Waze ini, anda boleh memuat turun hasil kajian mereka di pautan ini.

[sumber]

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: