Syarikat penerbangan melarang penggunaan Galaxy Note7

Minggu lepas, Samsung telah mengeluarkan panduan lanjut untuk pemilik Galaxy Note7, bagi menukar telefon pintar mereka kepada unit yang baru. Bagaimanapun, program pertukaran ini hanya akan bermula pada 29 September 2016.

Sementara itu, beberapa kejadian berkaitan Galaxy Note7 terus dilaporkan di seluruh dunia dan ini memanggil kepada larangan terhadap Galaxy Note7 di dalam kapalterbang. Larangan ini tidak membenarkan Galaxy Note7 disimpan di dalam bagasi ‘check-in’, serta tidak dibenarkan dihidupkan dan dicas sepanjang penerbangan.

Syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo Air dilihat telah mengeluarkan kenyataan berkaitan larangan tersebut.

samsung-galaxy-note7-dilarang-di-malindo-air

Samsung pula di masa yang sama, meminta pengguna Galaxy Note7 untuk tidak lagi menghidupkan telefon tersebut dan menukarnya secepat mungkin. Menurut Samsung Global, mereka sedang berusaha mempercepatkan proses pertukaran ini. Bagaimanapun, Samsung Malaysia masih menetapkan tarikh 29 September sebagai hari pertama pertukaran.

Kami meminta kepada semua pengguna Galaxy Note7 di Malaysia, untuk menghubungi Samsung Malaysia Careline di talian 1800-88-7799 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program pertukaran ini. Jika anda membeli Galaxy Note7 dari telco seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile, anda juga boleh merujuk kepada mereka berkenaan pertukaran telefon pintar ini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: