Storan iPhone 6S diganda dengan harga lebih murah

Ketibaan iPhone 7 memberikan ruang kepada iPhone 6S untuk disusun semula harganya. Ia turut menandakan pengehentian jualan iPhone 6. Lebih menarik, Apple menetapkan storan minima iPhone 6S kepada 32GB. Tiada lagi model 16GB untuk iPhone 6S selepas ini.

Selain storan berganda, harga iPhone 6S, iPhone 6S Plus serta iPhone SE menerima potongan. Semua harga ini kini telah disenaraikan di laman Stor Apple Malaysia.

Harga jualan terbaru model lama iPhone adalah seperti berikut:

  • iPhone SE 16GB – RM1,949
  • iPhone SE 64GB – RM2,149
  • iPhone 6S 32GB – RM2,699
  • iPhone 6S 128GB – RM3,199
  • iPhone 6S Plus 32GB – RM3,199
  • iPhone 6S Plus 128GB – RM3,699

empat-warna-iphone-6s-plus-di-stor-apple-malaysia

Pilihan warna untuk kesemua model ini masih sama, iaitu Perak, Emas, Kelabu Angkasa dan juga Emas Ros. Jika anda menantikan iPhone sebegini pada harga lebih rendah, mungkin kini adalah masa yang sesuai untuk membelinya.

Untuk maklumat lanjut dan mula membeli, layari laman Stor Apple Malaysia. Atau semak perbandingan antara iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus dan juga iPhone Se di laman perbandingan iPhone.

perbandingan-iphone-7-iphone-6s-iphone-se

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: