Razer perkenal gandingan baru tetikus DeathAdder Elite dan pelapik Gigantus

Share Button

Tetikus gaming paling banyak dijual di dunia, kini menerima naiktaraf menjadikannya lebih hebat. Razer DeathAdder yang dilancarkan pad atahun 2016, telah memenangi banyak anugerah tetikus gaming terbaik, dan kini berevolusi menjadi Razer DeathAdder Elite.

Tetikus Razer DeathAdder Elite ini mempunyai sensor optikal terbaik di dunia. Sensor optikal 5G padanya boleh mengesan sehingga 16,000 dot setiap inci (DPI) dengan kelajuan 450 inci sesaat (IPS), satu tahap serba baru di dalam industri.

razer-deathadder-elite-gaming-mouse-sisi-kiri-belakang

Tetikus ini juga mempunyai ketepatan resolusi setinggi 99.4%, tertinggi pernah dicatatkan oleh tetikus gaming. Kesemua ini menjadikan DeathAdder Elite sebagai tetikus paling pantas, paling sensitif dan paling tepat masakini.

Razer turut melengkapi DeathAdder Elite dengan kekunci tetikus mekanikal. Ia dibina dengan kerjasama Omron, pembekal kekunci tetikus mekanikal terkenal. Daya tahan juga lebih panjang, dengan keupayaan sehingga 50 juta klik.

razer-deathadder-elite-gaming-mouse-sisi-kanan-depan

Tambahan butang DPI baru menjadikan DeathAdder Elite lebih berguna. Ia kini turut disertakan teknologi Razer Chroma, menambah seri cahaya sehingga 16.8 juta warna yang boleh diselaraskan bersama produk Razer yang lain.

Razer mengekalkan rekabentuk ergonomik DeathAdder yang digemari ramai pada DeathAdder Elite. Tempahan DeathAdder Elite kini telah mula dibuka di Razer Store, dan dijual pada harga RM329. Tempahan awal ini akan dihantar bermula 17 Oktober 2016.

razer-deathadder-elite-gaming-mouse-di-atas-pelapik-razer-gigantus

Razer turut tidak ketinggalan memperkenalkan pelapik yang sesuai untuk kegunaan pemain. Razer Gigantus adalah sebuah pelapik tetikus yang lebih besar dan lebih tebal dari biasa. Ia direka selepas mengambil kira maklumbalas dari pemain eSukan profesional.

Ruang lebih besar, memberi lebih capaian ketika bermain, terutama apabila DPI rendah digunakan. Tidak perlu mengangkat tetikus kerana ruang pelapik yang terhad apabila menggunakan Razer Gigantus. Kemasan kain bertekstur memberi keseimbangan untuk kawalan dan kepantasan dalam permainan. Lapik getah pula memastikan ia kekal di posisi. Malah, lapisan getah yang tebal memastikan permukaan sama rata.

razer-gigantus-tiga-jenis-pelapik-elite-special-black-team-razer

Razer telah mula menjual pelapik Gigantus di Razer Store, dalam warna hitam berharga RM149.90. Razer turut akan menjual edisi Elite pada harga yang sama, bermula 10 Oktober 2016. Selain itu, satu lagi edisi khas Team Razer bakal diperkenalkan, tetapi masih belum ada tarikh jualan.

Apa komen anda?